
Sejak dari awal Facebook ialah platform yang menggalakkan pengguna nama sebenar setiap pengguna. Tetapi landskap media sosial sudah banyak berubah sejak Zuckerberg melancarkan The Facebook. Kini pengguna Facebook Group akhirnya dibenarkan menggunakan nama samaran apabila berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain.

Ciri ini diaktifkan bagi membolehkan privasi pengguna di jaga kerana pertelagahan dalam Group menggunakan nama sebenar mungkin menjadi kurang menyenangkan. Pada waktu yang sama ia membolehkan group berfungsi seperti forum, Reddit dan Discord yang membenarkan penggunaan nama samaran.

Selain nama samaran, pengguna juga boleh memilih avatar sekunder yang berbeza dengan avatar akaun sebenar. Mereka juga hanya dibenarkan menukar nama setiap dua hari dengan sejarah hantaran masih boleh dilihat walaupun selepas nama ditukar.
Jika nama samaran digunakan, pengguna tidak boleh mengakses ciri Live Video atau menghantar mesej. Walaupun penggunaan nama samaran kini dibenarkan, ciri ini hanya perlu diaktifkan oleh admin setiap Group terlebih dahulu.


