Pengguna Google Pixel 9? Anda Kini Boleh Menguji Android 15

TechnologyDigital
30 Aug 2024 • 11:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara perkara yang mengecewakan bagi pengguna siri Google Pixel 9 adalah ia dilancarkan dengan Android 14 dan bukannya Android 15 yang terkini. Ini adalah perkara jarang berlaku kerana setiap kali Pixel baharu dilancarkan ia akan didatangkan dengan Android baharu. Android 15 hanya akan tiba kepada pengguna Pixel dan peranti Android lain secara berperingkat bermula bulan Oktober, tetapi jika anda tidak sabar – versi beta kini ditawarkan.

image is not available

Baru sahaja beberapa minggu siri Pixel 9 dilancarkan di Malaysia anda kini sudah boleh menguji Android 15 QPR1 Beta 1.1. Buat masa ini ia masih terhad kepada dua peranti sahaja iaitu Pixel 9 dan Pixel 9 Pro XL. Jika anda adalah dalam program Android Beta for Pixel, nantikan kemas kini OTA – jika tidak fail imej boleh dimuat turun melalui pautan di bawah.

image is not available

Android 15 membawakan ciri ruang peribadi natif untuk menyembunyikan aplikasi, dioptimasikan untuk peranti skrin besar, ciri anti pencuri, sokongan penjejak objek pihak ketiga dan banyak lagi. Walaupun Android 15 QPR1 Beta dilaporkan cukup stabil, perlu diingatkan penggunaan versi pembangunan masih ada risiko kehilangan data jadi uji dengan tanggungjawab sendiri.