Anda Kini Boleh Pindahkan Senarai Main YouTube Music Ke Apple Music Pula

TechnologyDigital
30 Aug 2024 • 2:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam telah kami laporkan yang pengguna Apple Music kini boleh pindahkan data senarai main ke YouTube Music. Pada masa yang sama, anda turut boleh pindahkan data dari YouTube Music ke Apple Music juga. Ciri pemindahan ini adalah rasmi daripada Google dan bukannya perkhidmatan pihak ketiga.

image is not available

Ciri ini adalah satu kerjasama antara Google dan Apple melalui program Data Transfer Project yang memerlukan pengguna menggunakan Google Takeout. Untuk menggunakan ciri ini, anda memerlukan langganan kedua-dua YouTube Premium dan juga Apple Music. Buat masa ini, sokongan rasmi hanya boleh digunakan antara dua perkhidmatan penstriman audio ini. Jika anda menggunakan platform lain seperti Tidal, Spotify dan lain-lain – Apple menggalakkan pengguna menggunakan Soundiiz dan TuneMyMusic.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved