Pengguna iPhone? Kini Anda Boleh Muat-Turun iOS 17 Dengan Pelbagai Ciri Baharu

TechnologyDigital
19 Sep 2023 • 1:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple kini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru untuk para pengguna iPhone, melalui iOS 17.

iOS 17 membawa sejumlah ciri-ciri baharu, termasuk antaranya adalah kebolehan mengawal bentuk paparan skrin pemanggil untuk panggilan telefon, kemudahan untuk melakukan pertukaran nombor telefon dan emel melalui Namedrop, pemindahan AirDrop secara jarak jauh, sokongan StandBy yang mengubah paparan iPhone ketika mengecas, dan sejumlah ciri baharu yang lain.

image is not available

Bagi anda yang berhasrat mengemaskini ke iOS 17, anda boleh ke halaman Settings pada iPhone anda, seterusnya pilih General > Software Update. Jangan lupa baca fungsi menarik penuh yang dibawakan oleh iOS 17 ini sementara menantikan proses kemaskini berlaku.