
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap manusia disarankan untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang dan status.
Bila sebut tentang bantuan, kebiasaannya ia berbentuk wang ringgit atau khidmat tenaga bergantung kepada situasi seseorang itu.
Situasi yang dihadapi pula lazimnya perkara biasa yang berlaku di sekeliling seperti kenderaan rosak, kemalangan jalan raya atau kehilangan barang berharga.
Pengguna Jalan Raya Bantu Wanita Lahirkan Anak Di Bahu Jalan
Namun lain pula dengan pengalaman yang dihadapi oleh beberapa individu ini apabila mereka menghulurkan bantuan dalam situasi yang tidak dijangka.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok @umisyarifahshop, dia berkongsi pengalaman istimewanya bersama beberapa individu lain menjadi bidan terjun membantu seorang wanita melahirkan anak di tepi jalan.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat masing-masing memainkan peranan sendiri ketika menghadapi detik mencemaskan itu.
Ada yang memegang payung memandangkan cuaca sedang hujan, ada juga yang memberi sokongan serta bantuan kepada mangsa ketika melahirkan anak.
Kongsi pengguna itu di ruangan komen, ibu mengandung berkenaan menaiki motosikal namun tidak tahan kerana sakit bersalin hingga menyebabkan dia memilih untuk baring di tepi jalan.

“Terima kasih semua, korang semua memang hebat. Bagi tuala, baju, tudung semua.
“Video ini dirakam kerana orang ramai yang lalu menyangka kemalangan namun perkara sebaliknya berlaku,” tulis pengguna berkenaan di ruangan kapsyen.
@umisyarifahshop saya bersama akk indian dan yang lain membantu menyambut kelahiran seorang bayi di bahu tepi jalan Taman Bukit Dahlia,Pasir Gudang dalam keadaan berhujan. TERIMA KASIH SEMUA KORANG SEMUA MEMANG HEBAT .. bagi tuala baju tudung semua .. Video ini dirakam kerana orang ramai yang lalu menyangka kemalangan namun perkara sebaliknya berlaku. #pasirgudang #johorbahru #fyp #official #kotamasai #bersalintepijalan#astro #utusanmalaysia #pama #sinar#metro ♬ suara asli – Om Anggara98
Tonton video penuh [DI SINI]
Bantu Wanita Bersalin Melalui Panggilan Video Bersama Jururawat
Malah, individu lain yang berada di lokasi kejadian turut berkongsi pengalaman mereka sendiri.
Menerusi perkongsian salah seorang individu lain di TikTok @bhavanithevi, mereka telahpun menelefon ambulans bagi mendapatkan bantuan.
Namun, kepala bayi hampir keluar menyebabkan mereka terpaksa memberi bantuan awal sebelum ambulans tiba.
Apa yang menjadi perhatian adalah mereka berjaya membantu wanita tersebut melahirkan anak dengan membuat panggilan video bersama jururawat sebuah hospital.
Kongsi pengguna yang dikenali sebagai Bhavani, proses berkenaan mengambil masa selama 40 minit sebelum ambulans tiba dan mereka mendapat panduan seperti cara menguruskan tali pusat hanya menerusi panggilan video tersebut.
Difahamkan, wanita berkenaan selamat melahirkan bayi lelaki dan suaminya turut berada di lokasi dalam kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.



Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puji Sikap Prihatin Orang Ramai Bantu Wanita Bersalin
Perkongsian yang telah mendapat lebih 972,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan berani dan keprihatinan beberapa individu berkenaan dalam menghulurkan bantuan kepada wanita yang mahu melahirkan anak itu.
Malah, ada yang menggelarkan mereka sebagai ibu angkat kepada bayi lelaki tersebut dek kerana kejadian berkenaan.
Bukan itu sahaja, sesetengah pengguna media sosial turut mendoakan kebaikan buat mereka semua atas bantuan yang diberi.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Semua Dekat Situ Ibu-Ibu Yang Hebat”

“Dah Sarat Tapi Bawa Motor, Kuatnya Dia, Ya Allah Berilah Kemuliaan Buat Si Ibu”

“Masya-Allah. Ini Kenangan Paling Indah Korang, Baby Boy Ke Girl?”

“Masya-Allah, Saya Doakan Untuk Akak-Akak Yang Membantu Semua Dalam Lindungan Allah SWT”

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Mahu Rasa Bebas” – Wanita Lahirkan Anak Dalam Laut, Tanpa Sebarang Bantuan Perubatan
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan Gred 12 Guna Kemahiran Bantu Seorang Wanita Bersalin Di Tepi Jalan
Source:

![Tular Murid Tak Hormati Guru, Imam Dedah Kenapa Penting Adab Dalam Tuntut Ilmu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)