
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mana-mana sahaja individu yang memiliki kenderaan tidak kiralah motosikal, lori mahupun kereta pasti mengetahui ia perlu diservis apabila tiba saatnya.
Malah bagi mereka yang membeli kereta pasti ada diberikan buku manual dan jadual penyelenggaraan mengikut kilometer (km).
Kebiasaannya kereta akan diselenggara setiap 5,000 km atau 10,000 km atau enam bulan sekali (mana yang terdahulu) mengikut penggunaan sesebuah kenderaan berkenaan.
Abang Gan nasihat pelanggan perlu tahu apa item yang diperlukan jika servis kereta
Baru-baru ini, Abang Gan dari Pandu Laju telah menasihatkan orang ramai khususnya pelanggan untuk cakna mengenai item yang diperlukan setiap kali menghantar kenderaan ke pusat servis.
Perkara itu dijelaskan oleh Abang Gan selepas menyedari salah satu kenderaan yang dihantar oleh pekerjanya untuk membuat penyelenggaraan dikenakan item yang tidak diperlukan dan pada harga tidak berpatutan.
Nasihat perlu jadi pengguna bijak
Menerusi video yang dikongsikan oleh Pandu Laju di TikTok, Abang Gan turut mengatakan sebagai pengguna kita perlu bijak dalam menentukan sesuatu perkara.
“Jadi budak aku baru lepas hantar tiga kereta servis. Tiga kereta pejabat pergi servis tapi bagi aku kan, aku ada satu benda yang nak kongsi. Aku rasa selama ni memang dah banyak dah, ada ramai yang kena dan sebagainya.
“Bagi aku tak patutlah, tapi dia tak salah. Cuma kita sebagai pengguna kena bijak, cuma yang ini budak aku terlepaslah (terlepas pandang). Aku balik aku tengok claim (tuntutan) nitrogen gas RM24.84. Well, dia tulis situ optional (pilihan) betul.
“Itu kalau yang tahu lah (mengenai perkara itu optional). Yang tahu, yang pandai okay lah dia akan reject, reject, reject. Tapi kalau yang tak tahu ‘okay, oh ini wajib buat’. Sebenarnya kes ni banyak berlaku, banyak benda yang mengarut-ngarut.
“Sebenarnya bagi aku tak sepatutnya magnet lah, mewangikan kereta lah, ya benda itu adalah pilihan. Tapi bagi aku tak sepatutnyalah,” ujar Abang Gan dalam video itu.
Minta pihak berkenaan jangan perkenalkan item yang tak perlu
Malah dia juga meminta untuk pihak bengkel atau pusat servis kenderaan agar tidak memperkenalkan perkara yang tidak perlu atau sepatutnya kepada pelanggan.
“Lagi satu, gas nitrogen ini diisi dekat Axia rahmah aku. Axia rahmah, Axia rahmah. Diisi gas nitrogen berharga RM24. Memang betul, aku tak kata dia salah benda tu, tapi bagi aku hentikanlah atau tak payahlah perkenalkan benda yang mengarut ni.”
Benda mengarut macam ni tak patut ditawarkan masa servis kereta. Ada pernah kena macam ni ke? #servis #mengarut #axia #malaysia #pandulaju
Hanya maklumkan item penting untuk sesuatu servis yang dilakukan
Kata Abang Gan lagi, adakalanya pelanggan yang datang untuk membuat penyelenggaraan tidak mempunyai bajet yang cukup atau sedang berdepan masalah kewangan.
Oleh itu, apabila ada pihak mengatakan item terbabit penting dan mereka yang tidak mengetahui hanya mengikuti sahaja dan menukar barangan tersebut.
Malah dia meminta pihak berkenaan seperti pusat servis kereta untuk memaklumkan item yang wajib untuk ditukar.
“Aku tak salahkan pusat servis ini, sebab ini aku rasa dia dah jelaskan. Memang budak aku kata dia dah explain. Cuma yang ini dia terlepas, kalau nak ikut yang asal senarainya lagi panjang.
“Cuma budak aku ni ada yang dia dah tolak-tolak memandangkan kita orang pergi servis tiga buah kereta yang ini memang terlepas pandanglah,” katanya lagi.
Dia turut menyatakan dua daripada tiga kereta yang dihantar tidak mempunyai sebarang masalah, hanya sebuah kereta sahaja yang terlepas pandang.
Malah dia turut meminta orang ramai khususnya pengguna perlu sentiasa berhati-hati dengan perkara sebegini dan menyemak senarai dengan baik sebelum membuat penyelenggaraan.
“Dekat sini dia offer juga buat allignment (tayar). Okaylah, alligment tiada masalah. Kau rasa nak buat situ, kau buat.”
Pandai “Perodua Service Centre” masukkan item-item yang tak patut bila customer hantar servis kereta. Dah tak pasal kena bayar caj-caj lebihan/mahal yang kalau boleh tak tukar pun takpe lagi.
— ۟ (@twitmarhaen) May 21, 2025
Berhati-hati untuk pengguna Perodua yang selalu hantar ke SC. pic.twitter.com/UE9jFJ0eR2
Ramai setuju dan kongsi penah berdepan perkara sama dengan pusat servis
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Abang Gan.
Malah ada yang meminta pengguna untuk membuat semakan di laman sesawang apakah servis yang diperlukan mengikut kilometer.
Bukan hanya itu ada juga yang berkongsi pengalaman pernah berdepan perkara sama selepas mendengar luahan Abang Gan dalam video berkenaan.
Video berkenaan turut menjadi tular di X dan mendapat respon yang sama di kalangan netizen.
“Dia orang ada komisen ke duk tawarkan benda-benda tak sepatutnya?”

“Aku setiap kali servis, mesti bertekak dengan sales Assitant (SA)… Dah remark cakap tak nak tambah juga, nak juga letak”

“Dekat website dah ada cadangan rutin servis ikut mileage. Periksa dulu senarai barang sebelum setuju dengan servis. Kau datang goyang kaki sebelum buat homework, memang percuma lah kena sembelih.”

“Tolong jangan naya orang. Kita hantar servis dekat pusat servis sebab kita nak elak dari kena kencing dekat bengkel-bengkel luaar. Nak tukar sekurang-kurangnya suruh staf tanya dulu. Benda dah kena dah dekat pusat servis…”

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

![Dua Ekor Anjing Jadi ‘Bodyguard’ Teman Kanak-Kanak Pergi Sekolah Curi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
![Peminta Sedekah ‘Reject’ Duit Syiling Undang Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)