
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kadangkala, apabila keluar berjalan-jalan tidak kiralah ke pusat beli belah atau pasar malam, pasti ada individu yang dilihat meminta duit dari orang sekeliling.
Ada yang hanya duduk setempat dengan memegang bekas duit namun ada juga yang berani menghampiri orang ramai dan tanpa segan silu meminta wang.
Malah, segelintir mereka dilihat terlalu berani dengan meminta wang di atas jalan raya berhampiran lampu isyarat.
Namun sejak akhir-akhir ini, ada sahaja kisah kurang enak yang melibatkan golongan pengemis atau peminta sedekah.
Baca Artikel Berkaitan: “Makin Menjadi” – Dakwaan 2 Pengemis ‘Tukar Syif’ Minta Sedekah Raih Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Pengemis Bawa Honda CRV, Marina Ibrahim Seru Orang Ramai Selidik Sebelum Sedekah
Pengemis Minta Duit Tapi Reject Duit Syiling
Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang pengemis bertongkat meminta wang dari pengguna jalan raya ketika semua kenderaan sedang berhenti.
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook Taman Sri Gombak, peminta sedekah berkenaan sedang bergerak dari satu kereta ke satu kereta.
Dia kemudiannya dilihat berhenti di kereta milik perakam video berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian adalah, ketika pemilik video itu menghulurkan wang syiling berjumlah RM1, pengemis itu dilihat enggan menerima dan menolak wang tersebut dengan cara mengangkat tangannya.
Malah, dia dilihat terus berlalu pergi dan menuju ke kenderaan lain di bahagian belakang.
“Duit syiling tak main la, memilih oooo,” tulisnya pada video berkenaan.
Walau bagaimanapun, info seperti tarikh dan lokasi insiden ini tidak dinyatakan.
Ramai Terkejut Tapi Ada Yang Anggap Ia Teknik Mudah Elak Bagi Duit
Video yang telah mendapat lebih 305,000 tontonan nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan tidak menyangka pengemis berkenaan tidak menerima wang syiling sedangkan ia juga mempunyai nilai.
Namun, ada pula yang berpendapat itu adalah taktik terbaik untuk mengelakkan diri dari memberi wang kepada golongan berkenaan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Telah ‘Angkut’ 8,252 Pengemis
Sekadar info, seramai 8,252 pengemis dan peleser atau juga dikenali sebagai papa telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2020 hingga Jun 2024.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, tahun 2020 telah merekodkan jumlah tertinggi papa yang diambil dengan jumlah 2,108 orang.
“1,528 orang (tahun 2021), 1,280 orang (tahun 2022), 2,080 orang (tahun 2023) dan 1,256 orang sehingga Jun 2024.
“Data juga menunjukkan bahawa orang papa yang diambil terdiri daripada individu tiada pekerjaan, pendapatan rendah, masalah kemiskinan, tiada tempat tinggal, dibuang keluarga, celaru mental dan masalah kesihatan lain, penagih dadah, bekas banduan dan lain-lain,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Dr Noraini berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan) di Dewan Rakyat pada April 2024.
Ini antara komen menarik pengguna Facebook:
“Sebab Tu Aku Tak Pernah Bagi Dekat Diorang Ni, Baik Aku Tolong Kakak Atau Mak Cik Jual Keropok Depan Bank Lagi Bagus”

“Itu Sebab Kalau Saya Memang Takkan Bagi, Kalau Nak Sedekah, Saya Bagi Anak-Anak Jiran”

“Terlampau Ramai Warga Asing Yang Mengemis Sekarang Ni, Tiada Ke Tindakan Daripada Pihak Berkuasa”

“Boleh Ditiru Cara Ini, Lepas Ni Bagi Duit Syiling 5 Sen Pula”

“Mungkin Penerima Kesiankan Pemberi Sebab Sedekah Syiling, Itu Sebab Dia Menolak”

Baca Artikel Berkaitan: Berang Tak Dapat Apa Yang Diminta, Peminta Sedekah Pukul Pemuda Di Kedai Makan Curi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kedekut Betul, Seringgit Je” – Gadis Kesal, Niat Baik Sedekah Wang RM1 Dihina Pengemis
Source:
