
LAHAD DATU: Penduduk dan pengguna jalan raya di sepanjang Jalan Lahad Datu-Tungku terbeban akibat keadaan jalan raya yang sering dilanda kesesakan lalu lintas dan banjir kilat.
Laluan ini merupakan satu-satunya jalan raya yang menghubungkan daerah Lahad Datu dan Daerah Kecil Tungku, termasuk wilayah Felda Sahabat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kesesakan lalu lintas di jalan raya ini berlaku hampir setiap hari pada waktu puncak iaitu waktu pagi dan petang. Keadaan akan bertambah teruk pada hari persekolahan.
Lebih memburukkan keadaan, jalan raya di Jalan Tengah Nipah akan ditenggelami air akibat banjir kilat apabila musim hujan dan memutuskan perhubungan jalan ke Tungku.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beberapa pengguna jalan dan penduduk di kawasan ini menyuarakan keluhan kerana terpaksa menempuh perjalanan yang agak lama untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah atau turun dan balik kerja.




