Pengguna Malaysia Kini Boleh Melanggan Google AI Ultra – RM1229.90 Sebulan

TechnologyDigital
4 Jun 2025 • 12:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google telah memperkenalkan pelan langganan Google AI Ultra beberapa minggu lepas, dan hari ini, pelan berkenaan telah dibuka untuk para pengguna tempatan melanggannya. Ketika awal pengenalan dahulu, ia diterhadkan kepada pengguna Amerika Syarikat sahaja.

image is not available

Melalui Google AI Ultra, ia memberikan akses kepada penawaran kecerdasan buatan janaan terkini, selain sejumlah ciri eksklusif. Ini termasuk akses kepada Gemini 2.5 Pro Deep Think, dan juga akses kepada penjanaan video Veo 3. Pengguna turut diberikan akses kepada Flow untuk pengurusan penghasilan video, selain Whisk untuk janaan video daripada sesuatu gambar. Setiap langganan turut akan diberikan kredit AI sebanyak 12,500 setiap bulan.

Tidak setakat itu, pengguna turut diberikan akses tinggi untuk penggunaan Gemini di GMail, Google Docs dan lain-lain. Melengkapkannya juga adalah ruangan storan sebesar 30TB.

Google AI Ultra ditawarkan pada harga RM1229.90 sebulan, dan untuk fasa pengenalan, ia ditawarkan pada harga RM614.90 sebulan bagi tiga bulan pertama. Bagi anda yang berminat, boleh menyemaknya di laman Google AI hari ini.