Acer menyediakan beberapa pilihan komputer riba baharu menjelang COMPUTEX 2025. Ia termasuklah Acer Swift Edge 14 AI dan siri Swift Go AI. Kedua-duanya dilengkapi dengan CPU Intel Core Ultra 200V Series, serta ciri AI terbina.

Acer Swift Edge 14 AI merupakan komputer riba yang ringan dengan berat hanya kurang dari 1kg. Ia dilengkapi dengan skrin OLED 3K WQXGA+ 14″ dengan nisbah aspek 16:10, di samping menyokong gamut warna penuh DCI-P3 dan DisplayHDR True Black 600. Teknologi Corning Gorilla Matte Pro juga disertakan bagi mengurangkan pantulan sehingga 95%.
Swift Edge 14 AI dikuasai oleh CPU sehingga Intel Core Ultra 9 Processor 288V dengan GPU Intel Arc serta NPU terbina bagi tugasan berkaitan AI. Ia menyokong RAM LPDDR5X sehingga 32GB, serta storan SSD PCIe Gen 4 berkapasiti 1TB. Bateri berkapasiti 65Wh yang digunakan mampu bertahan sehingga 21 jam untuk main balik video.

Komputer riba ini juga dilengkapi pelbagai ciri keselamatan dan kawalan termasuk pengimbas cap jari dengan lampu bercahaya, serta pad sesentuh dengan Activity Indicator. Papan kekuncinya mempunyai lapisan pelindungan UV bagi meningkatkan ketahanan.
Binaan tubuh diperbuat daripada aloi magnesium aluminium dan melepasi ujian ketahanan MIL-STD 810H Military Grade Durability. Selain itu, ia mempunyai kamera IR 1080P, pembesar suara DTS:X Ultra, thunderbolt 4 USB-C, USB-A, HDMI 2.1, dan bicu audio 3.5mm.

Sementara itu, siri Swift GO AI hadir dengan dua model utama, yang terdiri dengan dilengkapi skrin OLED WUXGA+ dengan kadar segar semula 120Hz. Model seterusnya ialah Acer Swift Go 14 AI dengan skrin OLED WUXGA (1920×1200).
Kedua-duanya dikuasai dengan CPU Intel Core Ultra 7 Processor 258V, GPU Intel Arc, serta NPU terbina untuk tugasan AI. Pilihan memori adalah sehingga 32GB RAM LPDDR5X manakala storan SSD PCIe Gen 4 adalah sehingga 2TB bagi model 16 inci dan 1TB bagi model 14 inci.

Dari segi ketahanan bateri 64Wh ampu bertahan sehingga 16 jam, di samping ia mempunyai kamera 1080p FHD IR, tiga mikrofon serta ciri Acer User Sensing yang membolehkan skrin dikunci dan dihidupkan secara automatik. Sistem audio DTS:X Ultra dengan pembesar suara berkualiti tinggi turut disertakan. Pilihan I/O termasuklah Thunderbolt 4 USB-C, USB-A, HDMI dan slot kad microSD.
Komputer riba ini dijangka tesedia dalam beberapa bulan akan datang dengan harga permulaan €1,199 (~RM5,775) untuk Swift Go 14 AI €1,299 (~RM6,257) untuk Swift Go 16 AI dan €1,599 (~RM7,702) untuk Swift Edge 14 AI.

