Samsung Galaxy Z Fold Seterusnya Akan Hadir Dalam Versi Ultra

TechnologyDigital
4 Jun 2025 • 8:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung pagi ini mengesahkan Galaxy Z Fold yang akan dilancarkan tahun ini akan hadir dalam versi Ultra. Hanya satu video animasi dikongsi mengesahkan ia adalah sebuah Z Fold. Antara ciri yang diacah ialah kemampuan kecerdasan buatan Galaxy AI yang lebih baik, skrin lebih besar, kamera yang dipertingkat dan cara baharu menghasilkan kandungan.

Galaxy Z Fold Ultra ini turut diacah akan mempunyai rekaan yang lebih kecil dan kompak untuk memudahkannya dibawa. Beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini mengatakan Z Fold7 akan dilancarkan dengan tubuh yang lebih nipis berbanding model-model yang dilancarkan sebelum ini. Malah terdapat spekulasi S25 Edge adalah lebih tebal berbanding Z Fold Ultra apabila ia dalam posisi dibuka sepenuhnya.

Misteri mengenai Z Fold Ultra akan terungkai dalam masa beberapa bulan sahaja lagi kerana ia dijangka dilancarkan sekitar bulan Ogos depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved