Pengguna Terpilih WhatsApp Kini Boleh Melaporkan Mesej Tidak Elok Kepada Pentadbir

TechnologyDigital
8 Aug 2023 • 1:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini baharu WhatsApp telah membolehkan pengguna dalam sesuatu kumpulan melaporkan mesej, serta kandungan yang tidak elok kepada pentadbir. Pada awalnya sekadar di peringkat pembangunan namun ciri yang dinamakan Admin Review tersebut telah mula ditawarkan kepada pengguna terpilih untuk dicuba.

image is not available

Pengenalan ini boleh dianggap menarik kerana bukan sahaja memberi pilihan tambahan kepada pentadbir untuk mengurus sesuatu kumpulan dengan lebih baik. Malah turut mampu mewujudkan suasana kumpulan yang lebih harmoni, serta hubungan yang erat dalam kalangan ahli kumpulan.

Bagaimana ianya berfungsi? Selepas terdapat mana-mana mesej tidak elok dilaporkan, pentadbir akan boleh menjejaknya dalam ruangan khas di halaman maklumat sesuatu kumpulan. Pentadbir kemudiannya boleh mengambil tindakan tertentu, sama ada memadam mesej yang dilaporkan untuk semua ahli kumpulan.

image is not available

Sebagai pilihan lainnya lagi pentadbir juga boleh mengalih keluar individu terlibat daripada kumpulan. Ciri Admin Review ini juga dikatakan mempunyai lapisan keselamatan tambahan yang sudah semestinya lebih menjaga privasi pengguna. Ciri ini hanya disediakan buat pengguna WhatsApp Beta terpilih sahaja buat masa ini sebelum diedarkan secara meluas dalam masa terdekat.