
KUALA TERENGGANU – Seorang penghantar barang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, pada tahun lalu.
Tertuduh, Abdul Qayyum Ahmad, 37, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah kampung di daerah ini, pada waktu malam, Jun 2025.
Dia juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa pada di lokasi sama pada waktu malam, 17 September 2025.
Abdul Qayyim didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM12,000 dan seorang penjamin.
Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan agar melapor diri di Balai Polis Manir, di sini setiap bulan serta tidak mengganggu semua saksi pendakwaan termasuk mangsa sepanjang tempoh prosiding berlangsung.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE
The post Penghantar barang didakwa dua kali ‘sentuh’ budak 12 tahun appeared first on Kosmo Online.






