“Siap boleh tembak” – Basikal ‘Kereta Kebal’ Adik Ini Dapat Perhatian Orang Ramai

Entertainment
31 Aug 2024 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 disambut dipelbagai peringkat. Dengan kreativiti masing-masing, kita dapat lihat pelbagai ragam rakyat Malaysia menyambutnya, lebih-lebih lagi diperingkat sekolah.

Ada satu video sambutan kemerdekaan yang mendapat perhatian ramai dimana seorang pelajar sekolah rendah tampil dengan basikal ‘kereta kebal’.

Kalau korang nak tahu macam mana rupa kereta kebal tu, korang boleh tengok video @skcherasjaya di baawah.

@skcherasjaya

Fuh bukan beshe beshe salah seorang peserta pertandingan basikal berhias di SK Cheras Jaya #malaysia #negaraku #merdeka

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Siap boleh tembak

Fuhhh… bukan main lagi basikal ‘kereta kebal’ adik ni. Ini mesti menang punya lah pertandingan basikal berhias ni. Siap dapat extra point sebab boleh tembak.

image is not availableKan min dah cakap. Sekolah yang buat pertandingan ni bagi adik ni menang. Tak payah tengok peserta lain pun dah tahu mesti menang punya.

image is not availableBetul. ibu ayah yang sangat supportive mesti akan dihargai oleh anak-anak. Kalau tengok dari video ni, macam ada kos juga tu nak hiaskan basikal jadi kereta kebal.

image is not availableKann… siap boleh tembak tu yang mahal tu. Min rasa mak bapa adik ni pun mesti bangga. Hasil tangan dan usaha mereka berjaya jadikan adik ni juara dalam pertandingan basikal berhias.

image is not availableMin memang look forward nak tengok generasi muda sambut merdeka setiap tahun. Sebelum ni ada yang pakai ghillie suit ala-ala sniper, kali ni ada basikal kereta kebal pulak.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.