Penghulu raya di penjara, cabul warga emas

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 5:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penghulu didenda RM1,000 dan hukuman penjara selama dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas didapati bersalah mencabul seorang wanita warga emas pada Sabtu lalu. - Gambar hiasan

BACHOK - Seorang penghulu menerima hukuman setimpal apabila didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas didapati bersalah mencabul seorang wanita warga emas pada Sabtu lalu.

Tertuduh berusia 54 tahun itu turut dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu bermula dari tarikh tangkapannya pada Ahad.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, lelaki berkenaan membuat pengakuan tersebut selepas didakwa di Mahkamah Majistret Bachok pada Selasa.

"Siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi pada Sabtu lalu semasa mangsa datang ke kedai runcit milik suspek untuk mengecop borang permohonan bantuan," katanya.

Menurut beliau, penghulu itu kemudian ditahan reman selama empat hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mohd Yusoff memberitahu, hukuman penjara selama dua minggu itu bermula dari tarikh tangkapan penghulu tersebut pada Ahad lalu.

Kes tersebut sebelum ini tular di media sosial selepas timbul dakwaan seorang penghulu mencabul wanita warga emas yang hadir untuk mendapatkan pengesahan dokumen bantuan.