
Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak yang menandatangani dan membacakan pengisytiharan menurunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Ahad di Balai Undang Luak Sungai Ujong adalah tidak sah serta tidak diiktiraf.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu kerana beliau tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungai Ujong susulan pemberhentiannya yang dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungai Ujong sejak 13 Mei 2025.
Menurut beliau, Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 17 April 2026 turut bersetuju menasihat dan menerima kesepakatan waris berkaitan untuk menamatkan pelantikan Datuk Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong ke-10.
“Pemberhentian ini selaras dengan Fasal 14(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, melibatkan 33 kesalahan berkaitan pesaka dan adat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, DKU berperanan sebagai badan penasihat dalam perkara berkaitan adat istiadat Melayu termasuk pemilihan dan pemberhentian Undang Luak seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negeri.
Pengisytiharan menurunkan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dibacakan oleh Dato' Mubarak Bin Dohak, bekas Undang Luak Sg. Ujong adalah tidak boleh diterima, dan tidak diiktiraf oleh K'jaan Negeri Negeri
— Ekonomi Rakyat (@EkonomiRakyatMY) April 19, 2026
MB Negeri Sembilan menjelaskan bahawa beliau tidak lagi… pic.twitter.com/eb5E8mSwxV
Baca juga:
Dituduh ‘cekik darah’ caj RM30 baiki kalkulator, lelaki tampil beri penjelasan
MCMC buka siasatan, individu disyaki sebar kandungan palsu terhadap SPRM
Isu fitnah: MP Jasin, Harakah mohon maaf kepada Fadhlina
Aminuddin turut menjelaskan bahawa kes pemberhentian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini, antaranya melibatkan Undang Luak Johol ke-14, Datuk Mohammad Jan bin Abdul Ghani pada 27 Mac 2016 atas 13 kesalahan berkaitan pesaka dan adat Luak Johol.
Sehubungan itu, kerajaan negeri menegaskan tindakan pengisytiharan berkenaan juga bercanggah dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).
Terdahulu, satu hantaran di Facebook Luak Sungei Ujong memaparkan siaran langsung pengisytiharan pemecatan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir serta pelantikan Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar, Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tunku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.
The post ‘Pengisytiharan turunkan Tuanku Muhriz tidak diiktiraf’ – MB Negeri Sembilan appeared first on The Reporter.





![[Konflik YDP N9] : Isytihar Turunkan Tuanku Muhriz Tidak Sah, Menteri Besar Tegaskan Mubarak Tiada Kuasa](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2026/04/20134400/TB_TUANKU-MUHRIZ-TUANKU-MUNAWIR_BERNAMA.webp)
