Pengkritik Bola Dipukul Dua Lelaki Bertopeng Di Stesen Minyak

LocalFootball
13 Jul 2026 • 10:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama Joe Zakaria tiba-tiba jadi perhatian selepas YouTuber bola sepak itu mendakwa dirinya diserang dua lelaki di sebuah stesen minyak di Sri Damansara.

Lebih mencuri perhatian, insiden tersebut dipercayai turut dirakam seorang individu lain. Rakaman dashcam kereta yang memaparkan kejadian itu juga mula tersebar di media sosial.

Joe Zakaria diserang dua lelaki bertopeng

Image from: Pengkritik Bola Dipukul Dua Lelaki Bertopeng Di Stesen Minyak
Image from: Pengkritik Bola Dipukul Dua Lelaki Bertopeng Di Stesen Minyak

On 11 July at 7:24 PM, I was assaulted by two men at the Caltex petrol station in Sri Damansara.- Katanya.

Joe turut memaklumkan bahawa laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Dalam masa sama, personaliti media sosial Jalal Misai mendakwa dua lelaki terbabit memakai topeng. Salah seorang daripada mereka juga didakwa dilihat seperti merakam gambar selepas serangan berlaku.

Siapa Joe Zakaria?

Image from: Pengkritik Bola Dipukul Dua Lelaki Bertopeng Di Stesen Minyak

Untuk yang kurang kenal, Joe Zakaria merupakan pencipta kandungan bola sepak yang dikenali menerusi nama YTSK atau Yang Tadak Sapa Kenai.

Saluran YouTube miliknya mempunyai lebih 10,000 pengikut dan banyak berkongsi kandungan berkaitan jersi, kasut bola serta pandangan mengenai perkembangan bola sepak tempatan.

Joe juga antara individu yang sering memberi pandangan lantang tentang pengurusan, pemasaran dan isu semasa dalam dunia bola sepak Malaysia.

Motif serangan masih belum diketahui

View on Threads

Jalal Misai turut membandingkan kejadian itu dengan serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol pada November 2025.

Ketika kejadian tersebut, Haresh dilaporkan diserang dua individu manakala seorang lagi merakam serangan berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada bukti yang menunjukkan kedua-dua kes itu mempunyai kaitan. Motif serangan terhadap Joe Zakaria juga masih belum diketahui.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi pihak polis berhubung identiti suspek atau perkembangan siasatan kes berkenaan.

Pssttt! Apa pun puncanya, keganasan memang bukan jalan penyelesaian. Jangan cepat buat spekulasi melampau, kita beri ruang kepada pihak polis siasat kes Joe Zakaria ini dengan telus.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pengkritik Bola Dipukul Dua Lelaki Bertopeng Di Stesen Minyak appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved