Pengkritik bola sepak cedera, diserang dua lelaki di stesen minyak

LocalFootball
13 Jul 2026 • 5:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pengkritik bola sepak cedera, diserang dua lelaki di stesen minyak

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Penggiat YouTube atau Youtuber yang juga pengkritik sukan bola sepak patah tulang mata dan beberapa kecederaan lain selepas dipercayai dipukul dua individu tidak dikenali di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata polis menerima laporan mengenai kejadian pada 7.56 malam hari sama, dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 40-an itu didatangi dua lelaki menaiki motosikal Yamaha LC ketika hendak mengisi angin tayar kenderaannya.

“Suspek bertindak memukul mangsa berkali-kali serta merakam video sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata motif kejadian masih disiasat dan usaha mengesan kedua-dua suspek sedang dijalankan.

Shamsudin berkata kes yang tular di media sosial Threads itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Danish Noor Azri menerusi talian 013-6201 412 bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved