Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian perlu diperkukuh

31 Oct 2026 • 4:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian perlu diperkukuh

Tenom: Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian perlu diperkukuh bagi memastikan usaha meremajakan sektor itu dapat dilaksanakan, khususnya di peringkat akar umbi.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, langkah itu penting memandangkan sebahagian besar petani, penternak dan pengusaha pertanian ketika ini terdiri daripada golongan berusia.

Katanya, golongan muda perlu dilengkapi ilmu dan kemahiran menerusi latihan serta kursus berkaitan bagi membolehkan mereka menjadi tenaga penggerak pembangunan sektor pertanian.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Pertanian Pusat-pusat Latihan Petani Jabatan Pertanian Sabah di Dewan Serbaguna, Taman Pertanian Sabah, Jumaat.

Seramai 70 pelatih berjaya menamatkan Kursus Asas Pertanian selama enam bulan yang dilaksanakan di empat pusat latihan Jabatan Pertanian Sabah, iaitu Lagut, Soberang Canem, Kota Marudu dan Ulu Dusun, Sandakan.

Jamawi berkata, Jabatan Pertanian Sabah akan meneruskan bimbingan serta menyalurkan bantuan bersesuaian kepada bekas pelatih bagi membantu mereka mengembangkan potensi dalam bidang pertanian.

Menurutnya, usaha itu bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda, malah menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan tani.

Majlis itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada pelatih terbaik bagi Modul Tanaman Jagung, Modul Tanaman Sayur-sayuran serta Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi kategori lelaki dan perempuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved