Azizah mahu lebih ramai wanita dalam kepimpinan GRS

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Azizah mahu lebih ramai wanita dalam kepimpinan GRS

Kota Kinabalu: Lebih ramai wanita perlu diberi peluang memegang peranan kepimpinan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), selain memperkukuh kerjasama dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.

Ketua Wanita GRS Datuk Seri Azizah Mohd Dun (gambar) berkata kerjasama erat antara kepimpinan wanita penting bagi memastikan gerak kerja gabungan itu tersusun dan sampai kepada masyarakat.

“Usaha mendekati akar umbi perlu diteruskan supaya suara, keperluan dan aspirasi masyarakat dapat difahami dengan lebih dekat. Wanita di lapangan berperanan menghubungkan kepimpinan parti dengan masyarakat,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), di sini, pada Selasa.

Menurut Azizah, penyertaan lebih ramai wanita dalam kepimpinan turut membawa pelbagai pandangan dan pengalaman dalam proses membuat keputusan.

“Peranan wanita perlu diperkukuh di semua peringkat bagi membantu membina GRS yang lebih kukuh dan inklusif,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved