
SEREMBAN – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang disandangnya sejak 2013.
Anthony yang juga Menteri Pengangkutan tewas kepada satu-satunya saingan beliau daripada Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon.
Sementara itu, penyandang kerusi DUN Chennah itu, mengakui kekalahannya kepada Kong Choon.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Sin Chew Daily di Facebook, Anthony berkata, beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka serta berterima kasih kepada semua penyokong dan jentera kempen yang telah berusaha sepanjang tempoh pilihan raya.
“Kami telah melakukan yang terbaik di Chennah, namun keputusan tidak memihak kepada kami. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua. Jangan berasa kecewa kerana kami akan terus bersama anda.
“Walaupun kami gagal mempertahankan kerusi ini, anda semua akan sentiasa berada di hati kami,” katanya di Dewan Orang Ramai Titi, di sini.
Dalam saingan dua penjuru itu, Kong Choon memperoleh 5,505 undi, menewaskan Anthony yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan 5,036 undi, sekali gus menang dengan majoriti 469 undi.
Kekalahan itu menyaksikan Anthony gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah yang disandangnya sejak 2013. – KOSMO! ONLINE
The post Penguasaan 13 tahun Anthony di Chennah berakhir appeared first on Kosmo Digital.



![[TAK RASMI] PRN N. Sembilan: Anthony tewas mengejut di Chennah?](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ANTHONY-1024x707.jpg)


