PRN N. Sembilan: Wawasan cipta sejarah menang kerusi sulung

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 9:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN N. Sembilan: Wawasan cipta sejarah menang kerusi sulung

PETALING JAYA – Parti Wawasan Negara mencipta sejarah apabila meraih kemenangan sulungnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menerusi calon Perikatan Nasional (PN), Ridzuan Ahmad di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas.

Ridzuan yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya mempertahankan DUN Gemas selepas memperoleh 13,449 undi dalam saingan tiga penjuru.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Siti Aishah Seman Othman yang memperoleh 2,731 undi serta calon Bersatu, Azman Abdullah yang meraih 880 undi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Wawasan memenangi kerusi pertamanya dalam sejarah penyertaan parti tersebut pada pilihan raya. – KOSMO! ONLINE

The post PRN N. Sembilan: Wawasan cipta sejarah menang kerusi sulung appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved