Pengukuhan sistem penghantaran grid Sabah perlu dilaksanakan segera

25 Mar 2024 • 12:41 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berharap projek ‘Southern Link’ yang bakal melengkapkan Grid Negeri Sabah akan dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar berkata perlaksanaan projek tersebut adalah sangat penting berikutan kejadian kecemasan melibatkan dua menara talian penghantaran T194 dan T300 di Ranau yang perlu dibaiki dengan segera akibat kerosakan struktur.

Pada masa ini, satu-satunya talian penghantaran 275kV yang menghubungkan Pantai Timur Sabah dengan Pantai Barat Sabah adalah melalui talian penghantaran 275kV Kolopis – Segaliud.

Menurut beliau pelaksanaan projek Southern Link ini akan melibatkan pembinaan talian penghantaran sepanjang 330km bermula daripada Sipitang ke Tenom dan seterusnya ke Kalabakan dan Tawau.

image is not available
CEO SESB, Mohd Yaakob (tiga kanan) bersama kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di lokasi pemasangan Menara lencongan kecemasan Emergency Restoration System (ERS) di Ranau. – Gambar ihsan SESB, 25 Mac, 2024

Sekiranya projek ini diluluskan untuk perlaksanaan pada tahun hadapan, ia dijangka dapat disiapkan pada tahun 2030 dan amat kritikal kerana lebih kurang 200MW keperluan tenaga elektrik di Pantai Timur Sabah masih ditampung oleh penjanaan daripada Pantai Barat Sabah.

Mohd Yaakob berkata SESB masih menunggu keputusan akhir Kerajaan mengenai pelaksanaan projek ‘Southern Link’ ini.

Kerosakan serius terhadap dua menara penghantaran sedia ada di Ranau ditangani segera oleh SESB dengan memasang Menara lencongan kecemasan Emergency Restoration System (ERS).

Pemasangan ERS itu adalah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Kerajaan Negeri Sabah dan disiapkan lebih awal pada 20 Mac 2024. - 25 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved