Pengulas makanan perli Jason? Netizen kecam tindakan tidak matang

EntertainmentFood
10 Mar 2025 • 9:19 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Dunia pengulas makanan di media sosial semakin kompetitif. Ada yang mencipta kandungan berkualiti, tetapi ada juga yang memilih jalan kontroversi untuk meraih perhatian. Bak kata pepatah, “Bad marketing is still marketing”, strategi ini sering digunakan oleh sesetengah individu yang mahu menaikkan nama mereka, meskipun dengan cara menyindir dan menunggang isu yang sudah lama reda.

Sejak beberapa hari lalu, tular di TikTok apabila beberapa pengulas makanan dikecam netizen selepas memuat naik video kolaborasi yang dilihat memerli pengulas makanan popular, Jason. Video tersebut menampilkan mereka meniru gaya tarian yang sering dilakukan oleh Jason dalam ulasannya, yang kemudian menimbulkan spekulasi bahawa ia bukan sekadar suka-suka, tetapi satu bentuk sindiran.

https://www.tiktok.com/@.abangreview/video/7478138827379428626

Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kesal terhadap tindakan mereka yang disifatkan sebagai tidak profesional.

“Saya sangat suka menonton ulasan makanan pasangan ini, tetapi apabila mereka berkolaborasi dengan pengulas makanan berkenaan dan membahan Jason, ia agak mengecewakan.

“Mengejek atau membahan orang lain adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak patut digalakkan kerana ia membuatkan seseorang kelihatan tidak menghormati orang lain serta bersikap tidak matang. Ia menghilangkan keseronokan dan keaslian kandungan, menjadikannya kurang menarik untuk ditonton,” katanya.

image is not available
Netizen kritik pengulas makanan terbabit

Netizen kecewa, anggap tak matang

Di ruangan komen, ramai netizen yang menyelar tindakan kumpulan pengulas makanan itu dan mempersoalkan mengapa mereka masih tidak dapat ‘move on’ dengan isu sebelum ini.

“Kau ni asal tak move on ek? Cakap orang, dia yang lebih. Ramadan ni bang, bersih-bersihkanlah hati. Siap perli-perli tarian Jason tu,” ujar seorang netizen.

“Aduh, perlu ke buat macam ni? Awak tu orang Islam, sudah-sudahlah menyindir. Jason dah move on, takkan awak tak boleh move on lagi? Saja nak cari publisiti murahan ke apa?” kata seorang lagi netizen.

Ada juga yang melihat tindakan mereka sebagai usaha mencari perhatian dengan menunggang populariti Jason.

“Selagi dia tak kaitkan Jason, dia dah tak relevan dalam TikTok. Dia memang tengah cari publisiti murahan,” tambah netizen lain.

Strategi ‘kontroversi’ untuk kekal relevan?

Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia media sosial. Dalam dunia persaingan digital, ada individu yang memilih untuk menggunakan strategi ‘hate-fame-clout’ untuk mengekalkan populariti mereka. Seperti yang dikatakan oleh seorang pengguna TikTok:

“Awak sepatutnya boleh jadi lebih asli, tapi memilih untuk menunggang kebencian, populariti murahan dan ‘clout’ semata-mata. Haih..”

Namun, strategi ini sering memakan diri apabila netizen mula menyedari motif di sebaliknya. Dengan semakin ramai yang mengecam, persoalan timbul – adakah ini langkah bijak untuk kekal relevan, atau hanya merosakkan reputasi sendiri?