“Takut Nak Beli” – Ramai Terkejut Lihat Pelanggan Beli Nasi Kerabu Di Bazar Ramadan Dapat ‘Lauk’ Ulat Sampah

LocalFood
10 Mar 2025 • 3:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kebanyakan orang lebih suka memilih untuk membeli makanan di kedai. Yelah kadang-kadang ada yang sibuk bekerja hingga tidak sempat memasak.

Ada juga yang berpendapat kos membungkus makanan sama sahaja seperti perbelanjaan memasak di rumah.

Namun, ada risikonya jika membeli makanan di luar ini lebih-lebih lagi jika melibatkan aspek kebersihan.

Ini kerana ada segelintir peniaga yang dilihat mengabaikan aspek tersebut hingga kadangkala pelanggan boleh terjumpa ‘benda’ lain yang menjadi lauk tambahan.

Individu Kecewa Beli Nasi Kerabu Tapi Ada Ulat Sampah

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang pengguna tentang nasi kerabu yang dibelinya dari sebuah bazar Ramadan di Melaka.

Menerusi video yang dikongsikan di Grup Facebook Geng Bandar Jasin Bestari, dapat dilihat beberapa ulat sampah sedang bergerak dan berkeliaran di sebalik nasi kerabu berwarna biru itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah nasi berkenaan seolah-olah hampir dihabiskan oleh pengguna tanpa nama terbabit.

Kongsi Video Untuk Pengajaran Peniaga Lain

Jelas pengguna itu lagi, dia meminta agar peniaga menjaga kualiti dan kebersihan makanan.

Malah, tujuannya berkongsi video tersebut adalah untuk dijadikan pengajaran kepada peniaga yang lain.

Difahamkan, dia membeli nasi kerabu berkenaan di salah sebuah gerai yang terdapat di Bazar Jasin Bestari pada Ahad (9 Mac) lalu.

“Kalau nak berniaga tolongla jaga kualiti dan kebersihan makanan. Bayangkan nak berbuka tiba-tiba nampak (ulat sampah) berkeliaran dalam nasi.

“Please laa make sure kebersihan tu diutamakan, benda nak masuk perut dan untuk peniaga lain ambillah pengajaran, hari ini (9 Mac) baru 8 Ramadan. Saya tak nak orang lain kena macam saya,” tulisnya.

image is not available
Foto: Tangkap Layar Facebook

Tonton video penuh [DI SINI]

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Akan Ambil Tindakan Segera

Memetik Sinar Harian, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka akan mengambil tindakan segera berhubung hantaran yang tular itu.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Ruzita Mustaffa, pihaknya akan membuat semakan dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengenai dakwaan tersebut.

Hantaran Curi Perhatian Ramai, Ramai Mahu Peniaga Pentingkan Aspek Kebersihan

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam peniaga nasi kerabu terbabit yang dilihat mengabaikan aspek kebersihan.

Malah, ada yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan berhubung situasi tersebut.

Pada masa yang sama, ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan situasi sedemikian ketika membeli hidangan di bazar Ramadan.

Namun, ada pula yang berpendapat pengguna tersebut seharusnya berterus terang dengan peniaga terbabit mengenai penemuan ulat berkenaan.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Masya-Allah Tak Jujurnya Meniaga, Boleh Kot Share Supaya Yang Lain Tak Terkena”

image is not available

“Iye Start Puasa Kedua Ramai Menjual Tak Habis. Semalam Terkena Beli Nasi Lemak Dekat Bazar, Bila Makan Berlendir”

image is not available

“Esok Pergi Jumpa Owner, Settle Baik-Baik”

image is not available

“Nampak Macam Dah Nak Habis Makan, Dekat Bawah Baru Nampak Ada Ulat Lalat, Kesian”

image is not available

“Makanan Yang Tak Habis Jual Kemudian Hari, Jahat La Gini”

image is not available

“Boleh Report Ke Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Ye”

image is not available

Source: