Pengunjung MAHA 2026 berpeluang menang motosikal setiap hari tajaan Agrobank

LocalBusiness & Finance
22 Aug 2026 • 12:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengunjung MAHA 2026 berpeluang menang motosikal setiap hari tajaan Agrobank

PUTRAJAYA: Penyedia perkhidmatan kewangan, Agrobank menawarkan sebuah motosikal Y16 untuk dimenangi pengunjung setiap hari sepanjang penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Agrobank, Zulhisham Zailan berkata, hanya dengan membeli produk takaful serendah RM10, orang ramai berpeluang menyertai cabutan bertuah itu di Pavilion Agrobank, Hall A, MAEPS.

Menurut beliau, produk takaful berkenaan memberi perlindungan kepada pencarum sehingga RM10,000.

“Setiap hari selama 10 hari, pengunjung berpeluang memenangi motosikal,” katanya pada sesi sidang akhbar selepas Program Pickleball bersama Kelab Media Putrajaya, semalam.

Image from: Pengunjung MAHA 2026 berpeluang menang motosikal setiap hari tajaan Agrobank
ZULHISHAM Zailan (tiga dari kanan) bergambar bersama pemenang Pickleball bersama Kelab Media Putrajaya.

MAHA 2026 akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 28 Ogos hingga 6 September dengan bertemakan “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”, selain mengetengahkan konsep pemodenan dan inovasi pertanian serta pelbagai produk, teknologi, perkhidmatan dan peluang dalam sektor agromakanan.

Selain itu, usahawan tani berpeluang mendapatkan kemudahan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM100,000 menerusi Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA (Edisi Khas MAHA 2026).

Sebagai penaja utama MAHA 2026, Agrobank turut menyediakan khidmat nasihat kewangan, maklumat pembiayaan serta sokongan pembangunan perniagaan kepada pengunjung khususnya usahawan tani dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agromakanan termasuk pensijilan halal, latihan keusahawanan dan pembiayaan patuh Syariah menerusi Halal@Agrobank (Edisi Khas MAHA 2026).

Dalam masa sama, kemudahan pembiayaan menerusi AgroGig@MAHA 2026 turut disediakan bagi membantu pekerja ekonomi gig memenuhi keperluan operasi dan pekerjaan mereka.

Agrobank turut membawakan inisiatif We Go To Farmers@MAHA 2026 bagi mendekati komuniti petani, termasuk membantu petani yang belum mempunyai akaun Agrobank untuk membuka akaun serta mendapatkan maklumat mengenai langganan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP).

Sementara itu, sepanjang MAHA 2026, Agrobank turut mengetengahkan pelbagai kempen termasuk Kempen Mega Million 3.0 yang menawarkan mata penyertaan berganda kepada pelanggan individu yang membuka akaun AgroPrimaS dengan deposit minimum RM500, sekali gus meningkatkan peluang memenangi hadiah utama sebuah Ford Ranger Raptor pada akhir kempen.

Pengunjung khususnya petani, usahawan tani dan PMKS dijemput mengunjungi reruai Agrobank bagi mendapatkan maklumat mengenai pilihan pembiayaan serta perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan masing-masing. – UTUSAN

The post Pengunjung MAHA 2026 berpeluang menang motosikal setiap hari tajaan Agrobank appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved