Pengunjung MAHA angkut pokok cili, terung selepas dapat ‘lampu hijau’

7 Sep 2026 • 12:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengunjung MAHA angkut pokok cili, terung selepas dapat ‘lampu hijau’

PETALING JAYA – Hari terakhir Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 melabuhkan tirainya dengan meriah apabila pengunjung mengambil peluang membawa pulang tanaman termasuk pokok cili, terung dan bendi selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Gelagat itu mencuri perhatian di media sosial selepas pengguna Threads, @Ffirdauss_1234 memuat naik video memaparkan orang ramai mengambil tanaman yang dipamerkan pada acara berkenaan.

“Detik apabila YB Mat Sabu memaklumkan pokok cili, terung dan bendi boleh diambil. Terus licin,” katanya.

Pengguna @Husxini__ berkongsi gambar pokok berkenaan selepas berjaya membawanya pulang dari MAHA 2026.

“Selesai, saya bawa pulang sebatang pokok cili. Terima kasih YB,” katanya.

Gelagat pengunjung itu turut mengundang reaksi netizen yang terhibur, namun rata-rata menegaskan tanaman berkenaan hanya diambil selepas mendapat kebenaran.

“Yang penting, apabila sudah diberitahu ‘boleh ambil’, barulah kita ambil. Masih beradab,” kata @Norazyanaziz.

Sementara itu, @Arefabadi_ berseloroh mengenai ‘nasib’ pokok berkenaan yang sebelum itu dijaga dan dibaja dengan baik sebelum dibawa pulang pengunjung.

“Pokok itu sudah elok dan selesa, ada yang menjaga serta membajanya. Tiba-tiba kena angkut bawa balik ke rumah. Entah hidup atau mati, reda sahajalah pokok itu,” katanya.

MAHA 2026 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang melabuhkan tirainya semalam selepas berlangsung sejak 28 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Pengunjung MAHA angkut pokok cili, terung selepas dapat ‘lampu hijau’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved