“Nengok tang jauh pon raso sodih” – Pavilion MAHA 2026 Dikritik ‘Sendu’, Ini Respon Exco Negeri Sembilan

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 12:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 07T121452.843

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai reka bentuk dan persembahan Pavilion Negeri Sembilan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2026 yang menerima pelbagai kritikan serta teguran daripada orang ramai.

Rata-rata pengunjung meluahkan rasa terkilan dan menganggap reka bentuk pavilion berkenaan agak ‘sendu’ serta kurang menyerlahkan identiti kebudayaan mahupun keunikan Adat Perpatih negeri berkenaan, terutamanya apabila ia merupakan antara booth terawal yang disambut pengunjung.

Isu berkenaan menjadi semakin hangat apabila terdapat maklumat bahawa projek pembinaan pavilion ‘kekal’ tersebut melibatkan kos mencecah RM3 juta.

“Projek diluluskan pentadbiran lalu” – Exco Tampil Buka Mulut

Maklum dengan rungutan suara rakyat, Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Sembilan, Razali Abu Samah tampil memberikan penjelasan terbuka menerusi hantaran di akaun Threads miliknya.

 

View on Threads

 

Menurut beliau, pihak kerajaan negeri mengambil maklum setiap teguran yang diberikan dan melihatnya sebagai input penting untuk penambahbaikan.

“Saya mengambil maklum pelbagai pandangan, teguran dan komen orang ramai mengenai Pavilion Negeri Sembilan di MAHA 2026. Terima kasih saya ucapkan atas setiap pandangan yang diberikan. Saya melihat semuanya sebagai input yang penting dan ruang untuk kita melakukan penambahbaikan,” katanya.

Jelas beliau lagi, Pavilion ‘Kekal’ Negeri Sembilan itu sebenarnya merupakan projek yang diperuntukkan melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2025, di mana ia diluluskan dan dimulakan di bawah pentadbiran sebelum PRN 2026. Proses pembinaan tersebut mengambil masa lapan bulan dengan kos hampir RM3 juta dan disiapkan di bawah pentadbiran baharu.

Beliau turut menambah bahawa projek ini secara khusus bukan berada di bawah portfolio Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan.

Janji Penambahbaikan Untuk Edisi MAHA Akan Datang

Meskipun begitu, Razali menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menuding jari ke belakang, sebaliknya mahu fokus memanfaatkan aset yang telah dibina demi kepentingan rakyat dan negeri.

“Tanggungjawab kita sekarang ialah memastikan apa yang telah dirancang dan dibangunkan dapat dimanfaatkan dengan lebih baik demi rakyat dan Negeri Sembilan,” tegas beliau.

Untuk edisi MAHA yang akan datang, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan mengkaji semula konsep, reka bentuk, dan persembahan pavilion berkenaan. Ini bagi memastikan sesiapa sahaja yang melangkah masuk dapat merasai jiwa dan identiti sebenar Negeri Sembilan daripada makanan, budaya, Adat Perpatih, hingga ke destinasi pelancongan tempatan.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved