Pengurus dan pembantu didakwa pecah amanah RM58,400

16 Oct 2026 • 2:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengurus dan pembantu didakwa pecah amanah RM58,400

KUANTAN : Seorang pengurus dan pembantu pengurus sebuah rangkaian restoran makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan kerugian RM58,400.30 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Siti Norsuzuanie Ali, 29. dan Muhammad Zulhilmi Ahyauddin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka secara bersama didakwa memanipulasi transaksi refund dalam sistem Point of Sale (PoS) yang melibatkan keseluruhan sebanyak 1,199 keping resit berjumlah RM58,400.30 bagi kegunaan sendiri tanpa kebenaran pihak syarikat.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan mereka di premis restoran berkenaan di Pekan, dekat sini dalam tempoh bermula bulan Januari sehingga September tahun ini. Kedua-dua mereka dituduh dibawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun berserta sebatan dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Azizah Ahmad yang memohon agar wang jaminan RM30,000 dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh berserta beberapa syarat tambahan sehingga tarikh sebutan semula kes.

Bagaimanapun, peguam Datuk Zaharman Zainal Abidin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon supaya wang jaminan paling minimum dibenarkan mengambil kira kedua-dua anak guamnya masing-masing berpendapatan anggaran minimum RM1,700 sebulan.

Hakim Sazlina Safie kemudian membenarkan wang jaminan RM9,000 bagi setiap seorang bersama seorang penjamin dengan syarat pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah, perlu melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak kacau ganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 23 November ini bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

The post Pengurus dan pembantu didakwa pecah amanah RM58,400 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved