Buruh binaan tak mengaku ‘sentuh’ anak tiri

9 Oct 2026 • 11:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buruh binaan tak mengaku ‘sentuh’ anak tiri

IPOH – Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol anak tiri perempuannya yang berusia 16 tahun sejak tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 44 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap mangsa dengan cara meraba bahagian payudara yang mana lelaki itu mempunyai hubungan amanah dengan mangsa sebagai bapa tiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Tualang Sekah, Malim Nawar pada pukul 7 pagi, 10 September 2026.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebat dan diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh antara setahun hingga tiga tahun sebagaimana di bawah Seksyen 295(1A) Kanun Prosedur Jenayah.

Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa di dalam bilik di rumah sama pada pukul 8 pagi pada bulan Jun 2025

Pertuduhan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak lebih 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin sementara tertuduh diwakili peguam, Aliff Aiman Rusli.

Terdahulu, Nor Arfahanim Azureen mencadangkan jaminan sebanyak RM25,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan syarat dua penjamin warga tempatan bukan dalam kalangan ahli keluarga.

Beliau turut mencadangkan syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melapor diri setiap awal bulan di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, Aliff Aiman memohon jumlah jaminan pada kadar RM2,000 bagi kedua-dua pertuduhan atas alasan anak guamnya bekerja sebagai buruh binaan dengan pendapatan harian dalam lingkungan RM50 hingga RM100.

Menurut beliau, tertuduh juga menanggung tiga anak termasuk dua anak tiri serta isteri yang bekerja di kedai makan dengan pendapatan RM60 sehari.

Mahkamah kemudian membenarkan Jaminan RM9,000 dengan dua penjamin warga tempatan serta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Disember 2026 untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

The post Buruh binaan tak mengaku ‘sentuh’ anak tiri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved