Pengusaha dewan makan MRSM, Kolej Mara wajib utamakan bahan mentah bumiputera

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 4:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengusaha dewan makan MRSM, Kolej Mara wajib utamakan bahan mentah bumiputera

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini mewajibkan semua pengusaha dewan makan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kolej Mara yang mendapat kontrak daripada agensi berkenaan supaya mengutamakan pembelian bahan mentah daripada usahawan bumiputera.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dasar baharu itu melibatkan bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan makanan di institusi-institusi terlibat.

“Majlis Mara lulus dasar baharu. Semua pengusaha dewan makan MRSM, Kolej Mara yang mendapat kontrak Mara, wajib utamakan barang mentah seperti ayam, ikan, kicap, sos dan lain-lain, hanya daripada usahawan bumiputera,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Pengumuman tersebut mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata memuji usaha beliau dalam memartabatkan produk tempatan selain keterjaminan dari sudut halal dan kebersihan dalam penyediaan makanan.

“Yang ni saya setuju sangat. Penting bagi anak-anak kita yang belajar. Halal dan bersih di utamakan,” ujar @K’fe De Sol Hisham.

“Bijak. Sesuai dengan objektif penubuhannya, Mara untuk bumiputera,” komen @Ku Meiji.

“Alhamdulillah, langkah baik untuk pengusaha bumiputera,” kata @Shzrl Anr. – KOSMO! ONLINE

The post Pengusaha dewan makan MRSM, Kolej Mara wajib utamakan bahan mentah bumiputera appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved