Pengusaha dewan makan MRSM wajib beli bahan mentah dari usahawan bumiputera

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 5:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengusaha dewan makan MRSM wajib beli bahan mentah dari usahawan bumiputera

KUALA LUMPUR: Semua pengusaha dewan makan di institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) diwajibkan mengutamakan pembelian bahan mentah daripada usahawan Bumiputera.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata dasar baharu itu membabitkan bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan makanan di dewan makan Maktab Sains Rendah Mara (MRSM) dan Kolej Mara.

Beliau berkata, pengusaha dewan makan yang mendapat kontrak wajib menggunakan bahan keperluan daripada dumiputera termasuk ayam, ikan, kicap, sos dan barangan berkaitan.

Katanya, nilai kontrak bagi setiap MRSM secara purata antara RM7 juta hingga RM9 juta untuk tempoh dua tahun.

“Mara meluluskan dasar baharu, (yang mana) semua pengusaha dewan makan MRSM, Kolej Mara mendapat kontrak MARA wajib mengutamakan barang mentah seperti ayam, ikan, kicap, sos dan lain-lain hanya daripada usahawan bumiputera,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sebelum ini, media melaporkan aduan berkaitan kualiti makanan di dewan selera MRSM kini semakin berkurangan selepas tindakan tegas diambil bagi memecahkan kumpulan kartel yang didakwa menguasai kontrak makanan institusi berkenaan.

Asyraf Wajdi dilaporkan berkata, usaha itu dilakukan termasuk menerusi pemeriksaan mengejut atau ‘terjah’ ke MRSM selepas menerima banyak aduan daripada ibu bapa dan pelajar sejak beliau diberikan amanah menerajui agensi itu tiga tahun lalu. – UTUSAN

The post Pengusaha dewan makan MRSM wajib beli bahan mentah dari usahawan bumiputera appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved