Pengusaha ladang sawit rugi hampir RM300,000 diperdaya tawaran pelaburan kripto 

LocalBusiness & Finance
10 Nov 2026 • 3:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pengusaha ladang sawit rugi hampir RM300,000 diperdaya tawaran pelaburan kripto 

KUANTAN: Seorang pengusaha ladang sawit di sini kerugian RM290,988 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang kripto melalui aplikasi WhatsApp.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata pada 3 Nov lepas, lelaki berusia 51 tahun itu menerima mesej WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan peluang menyertai pelaburan kripto di sebuah platform dalam talian. 

“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp sebelum ditawarkan untuk menyertai urus niaga pelaburan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata mangsa pada peringkat awal membuat transaksi RM452 dan kemudiannya menerima pulangan sebanyak RM583 yang dimasukkan terus ke dalam akaun bank miliknya.

“Pemberian pulangan awal tersebut dipercayai telah meningkatkan keyakinan mangsa terhadap pelaburan berkenaan sehingga mendorong mangsa melakukan transaksi wang secara berperingkat ke tiga akaun bank penerima yang melibatkan akaun individu dan sebuah akaun syarikat,” katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sepanjang tempoh 3 hingga 8 Nov, Azry Akmar berkata mangsa telah melakukan 12 transaksi dengan jumlah kerugian keseluruhan RM290,988 dan lelaki itu mula mengesyaki dirinya ditipu apabila terus diminta membuat pembayaran tambahan dalam jumlah yang besar. 

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat, khususnya melalui kumpulan WhatsApp, Telegram atau media sosial.

“Semak kesahihan pihak yang menawarkan pelaburan melalui saluran rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Semak nombor akaun bank dan nombor telefon yang mencurigakan melalui portal Semak Mule PDRM,” katanya. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved