Pengusaha Tampil Bersuara Mengenai Keadaan Bas Yang Terlibat Kemalangan Ragut Nyawa Pelajar UPSI

9 Jun 2025 • 4:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Bas Upsi

Hangat di media sosial mengenai insiden menyayat hati yang meragut banyak nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, bas milik syarikat Kenari berada dalam keadaan baik sebelum kejadian berlaku dan perkara ini dikatakan sendiri pengusaha Kenari Utara, Nazri Nawi.

Saya tidak sedih bas rosak, saya paling terkesan apabila pelajar UPSI meninggal dunia.

Bas diselenggara dan pemandu tiada rekod buruk

image is not available

Nazri memaklumkan bahawa bas tersebut telah diselenggara bulan lalu dan masih layak beroperasi sebagai bas persiaran hingga lima tahun lagi.

Menurutnya, pemandu bas juga bukan calang-calang orang kerana dipinjam dari syarikat lain dan sangat berhemah serta berpengalaman dengan laluan Gerik–Jeli.

Dia sudah biasa dengan laluan di sana dan tiada rekod buruk.

Rasa terkilan dan takziah buat keluarga mangsa

image is not available

Nazri turut menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa, mengakui bahawa tragedi ini amat menyedihkan seluruh syarikat.

Saya sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Ini bukan perkara kecil bagi kami.

Pssttt! Nyawa manusia lebih berharga dari apa jua kenderaan. Semoga setiap perjalanan dipastikan selamat dari segi teknikal dan mental agar tragedi seperti ini tidak berulang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved