Peniaga Barangan Gadget Tampil Beri Penjelasan Selepas Tular Kenakan Caj Upah RM30 Baiki Kalkulator [Video]

LocalBusiness & Finance
21 Apr 2026 • 12:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Peniaga Barangan Gadget Tampil Beri Penjelasan Selepas Tular Kenakan Caj Upah RM30 Baiki Kalkulator [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila sesuatu barang telah rosak, ramai yang memilih untuk membaikinya berbanding membeli yang baru.

Ini kerana kos membaik pulih barang kebiasaannya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan nilai barang yang baharu.

Namun kadangkala, caj yang dikenakan oleh segelintir peniaga untuk membaiki barang yang rosak dilihat agak mahal tidak setanding dengan harga barang itu sendiri.

Pelanggan Minta Peniaga Baiki Kalkulator, Dakwa Tak Boleh Hidup Kerana Masuk Air

Semalam (20 April), tular di media sosial video pelanggan datang ke kedai gadget di Kota Bharu, Kelantan untuk membaiki kalkulator.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @pihtechfm, pelanggan yang merupakan pelajar sekolah datang bersama ibunya bagi membaiki kalkulator saintifik yang didakwa tidak dapat dihidupkan kerana dimasuki air.

Melalui hantaran tersebut, dapat dilihat peniaga terbabit terus membuka bahagian belakang kalkulator berkenaa serta baterinya dicabut sebelum pergi ke bahagian belakang kedai untuk mengeringkan alat elektronik terbabit.

Peniaga Caj RM30 Sebagai Caj Upah Baiki Kalkulator, Dapat Kritikan Ramai

Dia kemudiannya keluar dan memasukkan bateri baharu yang dipercayai diambil daripada alat kawalan jauh (remote control) di kedainya.

Apa yang menjadi perhatian adalah kalkulator tersebut dapat dihidupkan semula setelah bateri itu dimasukkan.

Ketika ditanya tentang harga bayaran, peniaga terbabit menjelaskan dia hanya mengenakan caj upah membaiki kalkulator yang bernilai RM30 kepada pelanggan terbabit.

Perkongsian video itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial hingga ramai mengecam dan mengkritik harga yang dikenakan oleh peniaga terbabit.

Ini kerana kebanyakan warganet berpendapat harga yang dikenakan terlalu mahal dan tidak sepadan dengan kerosakan kecil pada kalkulator itu apatah lagi bateri yang digantikan pula adalah bateri terpakai yang diambil daripada remote control.

Isu berkenaan turut tular dan sohor di beberapa platform media sosial termasuk X.

@pihtechfm

water damage calculator pon boleh #repairiphone #repairandroid #factorymobilekotabharu #creatorsearchinsight #promosi

♬ original sound – PihFM – PihFM

Tonton video penuh [DI SINI]

Peniaga Beri Penjelasan, Dakwa Bateri Digunakan Adalah Bateri Baru

Dalam hantaran terbaharu di TikTok, peniaga berkenaan tampil menjawab kritikan dan persoalan netizen.

Dakwanya, bateri yang diguna dan diganti kepada kalkulator pelajar berkenaan adalah bateri baharu walaupun berada dalam alat kawalan jauh (remote control).

“Pertama pasal bateri, bateri tu bateri baharu, cumanya duduk dalam remote. Semalam nak cari bateri yang dalam bungkusan tak jumpa, nak cepat, saya tahu bateri remote masih baharu jadi saya pakai bateri dalam remote tu,” jelasnya.

Pertama Kali Baiki Kalkulator, Kenakan Caj Yang Rendah Dari Harga Standard Baiki Telefon Bimbit

Dalam hantaran sama, peniaga itu turut memberi penjelasan tentang caj RM30 yang dikenakan kepada pelanggan berkenaan.

Terangnya, kebiasaan kerosakan yang disebabkan air (water damage) bagi telefon bimbit akan dikenakan caj RM50 sehingga RM80.

Dia yang baru pertama kali membaiki kalkulator menjelaskan caj yang dikenakan kepada pelanggan adalah kurang daripada harga yang biasa dikenakan.

“Kita pertama kali baiki kalkulator, kita ikut harga standard tapi rendah lagi dari harga water damage telefon bimbit yang asal. Saya ambil harga tu harga upah baiki je,” katanya.

Terangnya lagi, dia telah memaklumkan harga RM30 itu kepada pelanggan dan pelanggan terbabit bersetuju dengan harga tersebut.

Malah dia juga mendakwa telah menghubungi semula pelanggan berkenaan mengenai perkara itu dan menjelaskan perkara sebenar.

@pihtechfm

Replying to @zlamirul Penjelasan repair calculator RM30

♬ original sound – PihFM – PihFM

Tonton video [DI SINI]

Pengguna Media Sosial Tetap Persoal Harga Yang Dikenakan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 166,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang masih tidak dapat menerima penjelasan yang dibuat oleh peniaga berkenaan.

Ini kerana mereka berpendapat caj yang dikenakan agak mahal untuk membaiki sebuah kalkulator.

Malah, ada sesetengah yang masih mempersoal tindakan peniaga berkenaan yang menggunakan bateri terpakai untuk diletakkan kepada kalkulator terbabit.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang mendakwa enggan datang ke premis itu dek kerana servis yang diberikan.

Ini antara komen yang diberikan netizen:

“Apa Kena Mengena Dengan Bateri? Harga RM30 Tu Memang Agak Pelik, Bateri Triple A Double Baru RM3.50, Kalau Nak Ambil Upah Pun Boleh RM10”

Image from: Peniaga Barangan Gadget Tampil Beri Penjelasan Selepas Tular Kenakan Caj Upah RM30 Baiki Kalkulator [Video]

“Kedai Apa Ni? Bateri Dalam Packaging Pun Tak Ada Lepas Tu Ambik Bateri Dalam Remote Dikira Bateri Baru? Lepas Tu Letak Harga RM30”

Image from: Peniaga Barangan Gadget Tampil Beri Penjelasan Selepas Tular Kenakan Caj Upah RM30 Baiki Kalkulator [Video]

“Tukar Bateri Jam Dekat kedai Jam Baru RM15, Kalkulator Sampai RM30”

Image from: Peniaga Barangan Gadget Tampil Beri Penjelasan Selepas Tular Kenakan Caj Upah RM30 Baiki Kalkulator [Video]

“Agak-Agaklah Bang Caj RM30. Kalau RM10 Tak Apalah Juga, Bateri Ambil Dekat Remote Je, Bukan Bateri Gold”

Image from: Peniaga Barangan Gadget Tampil Beri Penjelasan Selepas Tular Kenakan Caj Upah RM30 Baiki Kalkulator [Video]

“Budak Sekolah Nak Buat Belajar Pun Kau Paw Mahal-Mahal, Bateri Tu Baru Berapa RM”

Image from: Peniaga Barangan Gadget Tampil Beri Penjelasan Selepas Tular Kenakan Caj Upah RM30 Baiki Kalkulator [Video]