Peniaga Caj RM30 Baiki Kalkulator Bakal Disiasat KPDN

LocalPolitics
21 Apr 2026 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bakal menjalankan siasatan mengenai kes tular berkenaan dengan caj RM30 yang dikenakan oleh sebuah kedai di Kota Bharu, Kelantan untuk membaiki kalkulator yang dimasuki air.

Timbalan Pengarah KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, pihak mereka akan memberikan notis kepada peniaga tersebut. Katanya, peniaga harus mengemukakan maklumat mengenai harga barangan yang dibaiki itu.

Artikel berkaitan: “Bab bisnes tak ada harga bergurau” – Cik Epal Perjelas Kenapa Caj Sampai RM100K Untuk Review Produk

Artikel berkaitan: Restoran Nasi Lemak Caj Bilik ‘Aircond’ RM1 Tak Salah – KPDN

“Sama ada betul atau tidak harga RM30 yang dikenakan untuk membaiki kalkulator, jadi kedai (peniaga) itu perlu kemuka semua maklumat mengenai caj yang dikenakan.”

Siasatan akan dibuat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723). Mengulas lanjut, beliau mengatakan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang aduan rasmi mengenai kes caj RM30 untuk membaiki kalkulator.

image is not available

Jelasnya, pihaknya mengetahui perkara tersebut selepas ianya tular di media sosial. Sebelum ini, video seorang peniaga membaiki kalkulator tular apabila peniaga tersebut mengenakan caj RM30 untuk membaiki kalkulator yang rosak akibat dimasuki air.

image is not available

Ia mengundang kecaman ramai kerana mendakwa caj yang dikenakan itu tidak munasabah. Bagaimanapun, pemilik kedai itu ada tampil membuat penjelasan bahawa caj itu membabitkan kos perkhidmatan kerosakan akibat terkena air dan bukan sahaja sekadar tukar bateri.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved