
Isu sebuah kalkulator saintifik yang didakwa ‘dibaiki dengan cara tidak masuk akal’ di sebuah kedai di Kota Bharu terus mencuri perhatian ramai selepas ia tular di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai pandangan mengenai caj servis dan cara pembaikan dilakukan.
Kisah bermula apabila seorang wanita membawa anaknya ke sebuah kedai untuk membaiki kalkulator yang dikatakan rosak akibat terkena air. Pemilik kedai kemudian memeriksa peranti itu dan melakukan proses pengeringan sebelum didakwa memasukkan bateri daripada alat kawalan jauh ke dalam kalkulator berkenaan. Tindakan itu mengundang kritikan netizen yang mempersoalkan caj RM30 yang dikenakan.
@pihtechfm water damage calculator pon boleh #repairiphone #repairandroid #factorymobilekotabharu #creatorsearchinsight #promosi
♬ original sound – PihFM – PihFM
Namun,individu yang dipercayai membaiki peranti berkenaan tampil memberi penjelasan bahawa bateri yang digunakan sebenarnya adalah bateri baharu, cuma ia disimpan dalam alat kawalan jauh sementara kerana stok dalam bungkusan asal tidak ditemui ketika itu.
@pihtechfm Replying to @zlamirul Penjelasan repair calculator RM30
♬ original sound – PihFM – PihFM
Baca juga:
RTM hentikan animasi Cleopatra in Space
Lelaki hina anggota bomba Sandakan mohon maaf
KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air
Dia turut menjelaskan bahawa caj RM30 tersebut merupakan kadar standard bagi kerja membaiki kerosakan akibat air, bukan sekadar harga bateri. Menurutnya, kadar upah bagi kerja membaiki peranti rosak air seperti telefon biasanya boleh mencecah RM50 hingga RM80, bergantung kepada tahap kerosakan.
“Penjelasan dari video, bateri tu bateri baru. Cuma duduk dalam remote. Bila nak cari yang dalam packaging tak jumpa, jadi nak cepat ambil remote tu,” katanya.
Tambah beliau lagi, caj yang dikenakan adalah berdasarkan harga servis standard dan bukan sekadar komponen.
“Isu RM30 tu standard harga untuk water damage. Untuk handphone pun RM50 atau RM80. Ini pertama kali repair, ikut harga standard ambil upah repair je,” jelasnya.
Dia turut menegaskan bahawa semua harga telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan sebelum kerja pembaikan dilakukan, dan pelanggan juga telah bersetuju tanpa sebarang masalah.
The post Dituduh ‘cekik darah’ caj RM30 baiki kalkulator, lelaki tampil beri penjelasan appeared first on The Reporter.




![Peniaga Barangan Gadget Tampil Beri Penjelasan Selepas Tular Kenakan Caj Upah RM30 Baiki Kalkulator [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/peniaga-caj-rm30-baiki-kalkulator.jpg?t=1776747146)

