Peniaga Berang Pelanggan Tak Jadi Beli Char Kuetiau Lepas Dicaj RM59 Raih Kecaman [Video]

LocalFood
8 Sep 2025 • 5:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Buat mereka yang kerap membeli makanan di luar, sudah tentu anda akan memastikan saiz hidangan dibeli itu setanding dengan harga dibayar. Namun semakin banyak pula kes di mana individu kesal selepas dicaj dengan harga tinggi selepas mengunjungi gerai atau kedai makan.

Seperti sebelum ini, seorang wanita berasa terkejut apabila sebuah restoran yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur mengenakan RM7 untuk segelas air suam.

Bukan sahaja harga air suam yang melampau, malah pihak restoran juga didakwa mengenakan caj tambahan jika mahu meletakkan cili padi ke dalam makanan untuk rasa ‘kick’ dan pedas.

Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Di Langkawi RM4?!

Harga Sepinggan Char Kuetiau Cecah RM59

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mansorchun0) apabila seorang peniaga meluahkan rasa berang apabila pelanggannya melarikan diri selepas mengetahui harga yang dikenakan bagi sepinggan hidangan Char Kuetiau Special.

Menerusi video perkongsian, kelihatan hidangan tersebut tersedia dengan kuetiau, beberapa ekor udang, telur mata, kerang dan juga beberapa hiris cili jeruk.

Namun perkara yang mengundang perhatian adalah harga menu itu mencecah sehingga RM59!

“Harga RM59 bukan RM59,000,” katanya.

Peniaga Maki & Dakwa Pelanggan Berlagak Ketika Pesan Char Kuetiau

Dalam masa sama, peniaga itu turut mempertikaikan pelanggan yang dikatakan tidak mempunyai duit untuk makan selain memintanya untuk pergi ke kedai lebih murah.

“Ada pelanggan tu dia dengar harga ni, dia cabut lari. Dah tak nak order lagi. Masa dia order tu dia berlagak. Nak Char Kuetiau Special satu, telur goyang sekali dia nak. Sekali dengar RM59, cabut lari.

“Tak ke h*ram jadah p*kim*k anak h*ram tengok berniaga dekat sini,” ujarnya.

Di akhir perkongsian, pakcik berkenaan turut mengharapkan orang ramai untuk menyokong bisnesnya dan membeli char kuetiau dari kedai itu.

Tonton video penuh [DI SINI].

Perkongsian ini kemudiannya semakin tular selepas dimuat naik semula di laman Facebook Penang Kini.

“Macam mana pelanggan tu tak lari dengar harga macam tu. Lepas tu maki pelanggan. Korang rasa okay ke?” tanya pengendali akaun tersebut.

Ramai Kecam Harga Cekik Darah & Tindakan Peniaga Hina Pelanggan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam peniaga berkenaan kerana mengenakan harga cekik darah bagi sepinggan char kuetiau.

“Kalau aku pun lari. Gila apa sampai RM59. Agak-agak la nak untung pun,” kata seorang pengguna Facebook.

Malah ramai juga dilihat mempersoal tindakan peniaga yang meminta untuk menyokong bisnesnya walhal harga makanan dikenakan tidak masuk akal.

“Kepala but*h apa harga RM59? Hang letak apa dalam tu? Lobster ke King Crab atau Lamb Shank? Harga mahal suruh orang support. Memang tidak la,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, sesetengah netizen juga bengang dengan sikap peniaga yang menghina pelanggan berkenaan seolah-olah dia tidak mempunyai duit untuk makan.

“Orang bukan tak ada duit nak makan. Harga RM1,000 pun orang bayarlah. Tapi orang pertikaikan sebab harga RM59 untuk sepinggan char kuetiau. Alhamdulillah orang cabut lari daripada hang viral malukan orang. Lepas tu maki orang tak mampu bayar dan tak ada duit nak makan,” kata seorang individu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: Facebook Penang Kini

Lapor Kepada KPDN Jika Makanan Dijual Peniaga Terlampau Mahal Daripada Normal

Untuk info, peniaga wajib mempamerkan tanda harga atau menyenaraikan harga bagi makanan dijual.

Anda juga boleh melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sekiranya mendapati makanan dijual di mana-mana premis kedai makan adalah tidak munasabah dan terlampau mahal.

Sebaiknya sertakan bukti bergambar semasa membuat laporan.

Berikut kami senaraikan saluran KPDN yang anda boleh hubungi bagi melaporkan kes sedemikian. Antaranya:

  • Portal e-Aduan KPDN
  • Aplikasi Ez-ADU KPDNHEP
  • Talian Hotline: 1-800-886-800
  • Pesanan WhatsApp: 019-848 8000/019-279 4317
  • E-mel: e-aduan@kpdnhep.gov.my
  • Pusat Arahan Penguatkuasaan (EEC): 03-8882 6088/03-8882 6245

Source: