Peniaga cemas, ribut landa Pantai Kempadang

8 Jun 2024 • 7:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Pantai Kempadang pada Sabtu.

image is not available
Tangkap layar video yang dikongsi netizen melalui Facebook menunjukkan keadaan gerai dan kanopi peniaga yang mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Pantqi Kempadang.

KUANTAN - Peniaga di Pantai Kempadang di sini, berdepan detik cemas selepas ribut dan hujan lebat melanda kawasan itu pada petang Sabtu.

Kejadian itu juga menyebabkan peniaga menanggung kerosakan selepas kanopi dan gerai jualan rosak.

Berdasarkan video yang dikongsi dan tular di laman sosial, berlaku kejadian pokok tumbang dan menghempap kenderaan pengunjung.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa cedera atau sebaliknya.

Info kejadian dikongsi Asyraff Johar melalui laman Facebook Warga Kuantan 2 mendakwa ribut yang melanda Pantai Kempadang itu berlaku kira-kira jam 4.45 petang.

**media[2681737]**

"Pantai Kempadang, anggaran jam 4.15 petang, tiga kali angin ribut menjengah kami.

"Kali pertama dan kedua agak perlahan... kali ketiga kebanyakan khemah peniaga di sini terbang dan patah. Sehingga ada kereta yang dihempap pokok," tulisnya dalam kenyataan yang dimuat naik bersama gambar dan video kejadian.

Pengguna Facebook Wan Isa Wan Saberi turut berkongsi keadaan selepas ribut melanda kawasan pantai itu.

Berdasarkan video yang dikongsikan, terdapat khemah peniaga rosak dan ada yang diterbangkan angin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved