
Kota Kinabalu: Seorang peniaga kereta terpakai dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan merosakkan kenderaan milik individu lain.
Tay Kian Min, 42, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas dakwaan melakukan khianat dengan merosakkan bonet Toyota Innova kepunyaan Tay Chiew Mei pada 15 Februari tahun ini, kira-kira jam 6 petang, di sebuah rumah di Jalan Saga, di sini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 23 April untuk tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) dan membenarkan tertuduh yang diwakili peguam YS Lo dibebaskan dengan jaminan RM1,800 bersama seorang penjamin.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 23 tahun didakwa menceroboh sebuah premis di Kompleks Karamunsing.
Tukang kayu Jerry Yap didakwa menceroboh kedai Syarikat Tay milik Tay Boon Hong pada 15 Februari, kira-kira jam 9.55 malam.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pertuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menetapkan 26 Mac untuk PTCM dan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM1,800.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin dan Inspektor Alia Nuurlysa Adnan melakukan pendakwaan.

