Peniaga gerai nasi bajet dapat perhatian Mydin

LocalBusiness & Finance
23 May 2026 • 9:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peniaga gerai nasi bajet dapat perhatian Mydin
Nor Atheerah (kiri) bersama ibunya, Masjida Yanti Nasution Abdullah Omar, 51, ketika menerima kunjungan pengurusan cawangan Mydin Meru Raya pada Sabtu.

IPOH - Nasib peniaga gerai nasi bajet yang terlibat dalam kejadian samun, Khamis lalu mendapat perhatian Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) apabila tampil menghulurkan bantuan.

Sumbangan disampaikan pengurusan cawangan Mydin Meru Raya kepada mangsa, Nor Atheerah Nadzirah Mior Ikram Shah, 21, sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap keluarga berkenaan.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin dalam satu kenyataan berkata, bantuan diberikan dalam bentuk barangan keperluan harian serta baucar tunai bagi meringankan beban keluarga tersebut.

“Mydin berharap sumbangan kecil ini dapat membantu keluarga berkenaan meneruskan perniagaan serta memberi semangat untuk terus tabah menghadapi ujian,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif tersebut juga mencerminkan komitmen syarikat untuk terus bersama masyarakat dan membantu golongan memerlukan.

"Inisiatif ini selaras dengan aspirasi memperkukuh semangat kebersamaan komuniti," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian berkongsi luahan Nor Atheerah yang tidak dapat menahan rasa sedih dan bersalah kerana tidak dapat menghalang perbuatan suspek melarikan wang hasil jualan gerai ibunya itu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari di tepi Jalan Lebuh Meru Raya, dua suspek menunggang motosikal yang menyamar sebagai pelanggan melarikan sebuah peti wang mengandungi wang tunai RM300 serta sebuah telefon bimbit jenis iPhone 13.

Kejadian mendapat perhatian selepas tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi satu minit 25 saat yang dirakam Nor Atheerah ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

View Original Article