Curi peti wang wanita jual 'nasi bajet', polis buru 'Paeh' dan 'Aboy'

23 May 2026 • 11:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Curi peti wang wanita jual 'nasi bajet', polis buru 'Paeh' dan 'Aboy'

IPOH, 23 MEI: Polis giat mengesan dua beradik yang melarikan peti wang dan telefon bimbit milik seorang peniaga wanita yang menjual “nasi bajet” di gerainya di tepi Jalan Lebuh Meru Raya di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata individu pertama yang dikesan ialah Mohd Faiz Naharoddin, 36, atau dikenali sebagai “Paeh”.

“Lelaki berkenaan mempunyai ketinggian anggaran 180 sentimeter, berkulit sawo matang dan bertubuh kurus dengan alamat terakhir di Halaman Meru Damai, Ipoh.

"Seorang lagi individu yang dikesan ialah adiknya Mohamad Arif Naharoddin, 25, atau dikenali sebagai ‘Aboy’, yang turut mempunyai alamat terakhir sama," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata Mohamad Arif mempunyai ketinggian 175 sentimeter, berkulit sawo matang dan bertubuh kurus.

Sehubungan dengan itu, Muhammad Najib berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang kedua-dua lelaki berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Azrul melalui talian 017-5823467 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 21 tahun sedang berniaga dan membungkus makanan sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna perak yang dipercayai berpura-pura membeli makanan.

Ketika mangsa sedang membungkus nasi, suspek disyaki melarikan sebuah peti wang mengandungi wang tunai serta sebuah telefon bimbit jenis Iphone 13 milik wanita itu sebelum melarikan diri menaiki motosikal dan menghala ke arah bulatan Meru Raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved