Polis buru ‘Paeh’ dan ‘Aboy’, bantu siasatan kes samun gerai nasi bajet

Local
23 May 2026 • 10:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis buru ‘Paeh’ dan ‘Aboy’, bantu siasatan kes samun gerai nasi bajet
Dua beradik dikenali sebagai ‘Paeh’ dan ‘Aboy’ dicari polis bagi membantu siasatan kes samun gerai nasi bajet di Lebuh Meru Raya, Khamis lalu.
Image from: Polis buru ‘Paeh’ dan ‘Aboy’, bantu siasatan kes samun gerai nasi bajet
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua beradik dikenali sebagai ‘Paeh’ dan ‘Aboy’ bagi membantu siasatan kes samun gerai nasi bajet di Lebuh Meru Raya, Khamis lalu.
Image from: Polis buru ‘Paeh’ dan ‘Aboy’, bantu siasatan kes samun gerai nasi bajet
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, dua suspek menunggang motosikal yang menyamar sebagai pelanggan melarikan sebuah peti wang mengandungi wang tunai RM300 serta sebuah telefon bimbit jenis iPhone 13 milik peniaga.

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua beradik dikenali sebagai ‘Paeh’ dan ‘Aboy’ bagi membantu siasatan kes samun gerai nasi bajet di Lebuh Meru Raya, Khamis lalu.

Kedua-dua mereka, Mohd Faiz Naharoddin, 36, dan adiknya, Mohamad Arif, 25, beralamat terakhir di Halaman Meru Damai, di sini.

**media[3530909]**

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, individu terlibat merupakan warganegara tempatan, berkulit sawo matang, bertubuh kurus dan berketinggian antara 175 hingga 180 sentimeter.

"Dua lelaki ini sedang dikesan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Azrul di talian 017-5823467 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Peniaga gerai nasi bajet dapat perhatian Mydin

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, dua suspek menunggang motosikal yang menyamar sebagai pelanggan melarikan sebuah peti wang mengandungi wang tunai RM300 serta sebuah telefon bimbit jenis iPhone 13 milik peniaga, Nor Atheerah Nadzirah Mior Ikram Shah, 21.

**media[3530943]**

Kejadian mendapat perhatian selepas tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi satu minit 25 saat yang dirakam mangsa ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

Difahamkan, telefon bimbit berkenaan berjaya ditemui semula selepas dipercayai dibuang suspek berhampiran kawasan perumahan dekat Meru Raya, Ipoh pada hari sama kejadian.

View Original Article