Peniaga Kantoi Kenakan Caj Tambahan 1% Untuk Pelanggan Yang Bayar Guna Kod QR – “Bagi Alasan Harga Diesel Naik”

27 Jun 2024 • 3:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah premis makanan di Medan Selera Jalan Tun Ali, Kampung Morten, Melaka diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka selepas didakwa mengenakan caj tambahan 1% kepada pelanggan yang membayar menggunakan kod QR.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata pihaknya melakukan serbuan itu selepas menerima aduan daripada pengguna yang mendakwa dia dikenakan caj tambahan ketika membuat bayaran di premis menjual sarapan pagi itu.

Mengikut aduan, pengguna itu telah ke premis berkenaan untuk makan dan dicaj sebanyak RM3.70 untuk makanan dan minuman yang dipesan. Namun, dia terpaksa membayar RM3.80 kerana membuat bayaran menggunakan kod QR.

image is not available

 

Caj lebih sebab harga diesel naik

Ketika diserbu dan ditanya oleh pihak KPDN Melaka, pemilik kedai itu memberikan alasan tidak munasabah iaitu kenaikan harga diesel membuatkan dia mengenakan caj 1% tersebut.

Malah, peniaga itu turut cuba menyalahkan pengendali perkhidmatan kod QR dengan berkata dia terpaksa menanggung caj perkhidmatan oleh pihak perbankan, namun siasatan mendapati ia tidak berlaku.

Ini merupakan satu kesalahan dan kertas siasatan sedang dibuat sebelum tindakan selanjutnya malah kita mendapati tiada notis pemakluman awal. Perkara ini dikesan sejak awal tahun ini sekali gus menunjukkan bahawa kenaikan harga itu bukan disebabkan isu kenaikan harga diesel.

image is not available

Peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM200 kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

image is not available 6 days ago

Didenda RM5 Kerana Anak Makan Bersepah, Lelaki Bengang Dengan Kedai Tomyam Di KL - “Boleh Report KPDNKK Ke?”