Peniaga kenderaan terpakai didakwa miliki pistol tanpa kebenaran

26 Aug 2026 • 1:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peniaga kenderaan terpakai didakwa miliki pistol tanpa kebenaran
How Han Wei, 33, didakwa di Mahkamah Sesyen Kluang atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran.
Image from: Peniaga kenderaan terpakai didakwa miliki pistol tanpa kebenaran
How Han Wei, 33, didakwa di Mahkamah Sesyen Kluang atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran.

KLUANG – Seorang peniaga kenderaan terpakai didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran sah, awal bulan ini.

How Han Wei, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Smith & Wesson tanpa kebenaran sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 6.30 petang pada 6 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Kluang Indah di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

**media[3626576]**

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam, Yvonne Kee.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 28 September ini bagi serahan dokumen.

Sebelum ini, pada 17 Ogos lalu, How Han Wei antara empat lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan sebelum mayat mangsa ditemukan terapung dalam jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja.

Tiga lagi tertuduh ialah Yogesvaran Subramaniam, 40, Lim Yong Ming, 26, dan Achuthan Nagarajan, 32.

Kesemua mereka bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan kerana pertuduhan membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved