Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak-Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

26 Jul 2024 • 11:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular tentang kes dua kanak-kanak hilang di dalam kejadian di Taman Ikan Emas di Jeram, Kuala Selangor baru-baru ini selepas dibawa lari oleh seorang lelaki

Dua kanak-kanak berusia 6 dan 8 tahun dilarikan oleh suspek menaiki sebuah Perodua Bezza pada jam 6.30 petang, Jumaat lalu.

 

Teringin anak perempuan

Suspek yang merupakan seorang peniaga pisang goreng telah pun ditahan dan mengaku bersalah menculik dua kanak-kanak terbabit di Mahkamah Majistret.

Mengikut kes, tertuduh Mohamad Shariz Othman telah menculik dua kanak-kanak perempuan berusia 6 dan 8 tahun daripada penjaga mereka.

image is not available

Difahamkan, peguam yang mewakili tertuduh memohon agar hukuman terhadapnya dikurangnya kerana hanya bekerja sebagai peniaga dan mempunyai dua anak.

Mohon mahkamah mengambil kira, OKT telah menghantar kedua-dua mangsa kepada penjaga. Kami dimaklumkan tujuan OKT berbuat demikian kerana OKT, menginginkan anak perempuan.

Setakat ini belum rezeki dapat anak perempuan, anak OKT dua-dua anak lelaki.

image is not available

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa raya, Nurul Sofea Jaysal memohon untuk mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana melibatkan kepentingan awam.

 

Pengakuan menandakan suspek insaf

Majistret Siti Hajar telah menjatuhkan hukuman penjara 12 dan 24 bulan dijalankan serentak serta denda RM1,000 bagi setiap tuduhan dan juga penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Katanya, tindakan (tertuduh) mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jelas menzahirkan kekesalan keinsafan amat sangat di atas insiden yang berlaku.

Namun begitu hukuman dijatuhkan mahkamah harus bersifat deterrence (pencegahan) dan faktor kepentingan awam hendaklah diutamakan mahkamah.

Ia agar memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam bahawa kesalahan menculik yang amat berleluasa adalah satu kesalahan serius pada pandangan mahkamah ini.

image is not available

image is not available 3 days ago

Kes Kanak-Kanak Hilang Di Johor Bahru, Albertine Leo Ditemui Selamat Di Batang Kali