Peniaga Wanita Buat COD Makanan Dipercayai Dib*nuh, Mayat Ditemui Tepi Sungai

Entertainment
14 Feb 2025 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak dua menjak ini makin kerap pula kita dengar kisah jenayah ekstrem berlaku di Malaysia.

Terbaru semalam, mayat seorang wanita yang juga peniaga makanan telah ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan.

Mayat wanita yang berusia 37 tahun itu ditemui oleh seorang lelaki yang kemudian memaklumkannya kepada pihak polis kira-kira jam 12.45 tengah hari.

image is not available

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, hasil siasatan pada tubuh mangsa mendapati punca kematian wanita itu disyaki wujud unsur jenayah.

Berdasarkan maklumat saksi, mangsa yang dipercayai tinggal di daerah tersebut menjalankan perniagaan makanan.

Mangsa dikatakan datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira jam 7.30 malam hari sebelumnya.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

image is not available

Menurutnya lagi, pihak polis kini memohon kerjasama rakyat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian hingga boleh mengganggu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung dengan balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.