Pening nak balik kampung tiket ETS habis? KTMB jual tiket tambahan sempena Hari Kebangsaan

LocalTravel
13 Aug 2026 • 7:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pening nak balik kampung tiket ETS habis? KTMB jual tiket tambahan sempena Hari Kebangsaan

Belum cuti sekolah tapi tiket ETS dah habis?

Pastinya situasi ini yang sering dihadapi pengguna ETS apabila menjelang musim cuti sekolah atau cuti panjang sempena perayaan setiap tahun kan?

Jualan tiket tambahan

Jangan pening dulu, berita gembira buat semua di mana KTMB umum buka jualan tiket tambahan pada hari ini 13 ogos 2026 bermula 12 tengah hari bersempena menyambut Hari Kebangsaan dan juga cuti sekolah.

Tiket boleh di beli melalui aplikasi KITS, kios tiket ETS atau melalui pembelian terus di laman web KTM. Tarikh perjalanan yang ditawarkan KTM adalah pada 21 – 23 Ogos 2026, 28 – 31 Ogos 2026 dan pada 4 – 6 September 2026.

Jadi siapa yang sebelum ini terlepas beli tiket ETS, dah boleh cepat-cepat beli hari ini.

4 laluan dari KL Sentral perlu semak masa perjalanan

Dah beli tiket ETS jangan lupa semak masa jadual perjalanan bagi mengelakkan terlepas tren ETS. Bagi perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral, masa berlepas bermula jam 9.05 pagi bagi nombor tren EX9573 dan jam 11.55 pagi untuk tren nombor EX9575

Manakala tren dari JB Sentral menghala ke KL Sentral mula berlepas dari 7 pagi untuk tren nombor EX9572, dan pada jam 5.30 petang untuk tren nombor EX9578.

Image from: Pening nak balik kampung tiket ETS habis? KTMB jual tiket tambahan sempena Hari Kebangsaan

Untuk laluan KL Sentral ke Padang Besar pula tren nombor EP9276 akan bertolak pada jam 5 petang dan tren nombor EP9273 dari Padang Besar menghala ke KL Sentral akan berlepas pada jam 11.05 pagi.

Image from: Pening nak balik kampung tiket ETS habis? KTMB jual tiket tambahan sempena Hari Kebangsaan

Manakala tren nombor EX9178 bagi laluan KL Sentral ke Butterworth pula bermula dari jam 7.55 petang dan tren nombor EX9171 dari Butterworth ke KL Sentral akan berlepas pada jam 6.10 pagi.

Image from: Pening nak balik kampung tiket ETS habis? KTMB jual tiket tambahan sempena Hari Kebangsaan

Jadual perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh pula lebih singkat dimana tren nombor EX9074 di jangka berlepas pada jam 10.50 pagi dan manakala tren laluan Ipoh ke KL Sentral akan bertolak pada jam 5.25 petang.

Untuk maklumat lanjut layari laman web KTM.

Cepat dapatkan tiket ETS sebelum habis!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved