
SEREMBAN: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cina Kelpin dekat sini untuk mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP tiba di sekolah tersebut kira-kira pukul 11.23 pagi bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambau, Lee Kai Yet.
Siew Fook yang juga calon PH bagi kerusi DUN Chennah mengundi untuk DUN Mambau.
Penyandang kerusi DUN Chennah itu berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon.
Pada PRN 2023, beliau memenangi kerusi DUN Chennah dengan majoriti 2,200 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Rosmadi Arif. – UTUSAN
The post Anthony Loke mengundi di Seremban appeared first on Utusan Malaysia.





![[TAK RASMI] PRN N. Sembilan: Anthony tewas mengejut di Chennah?](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ANTHONY-1024x707.jpg)
