Peningkatan kos input, RHB Investment unjur pendapatan Farm Fresh bagi 1HFY24 berada di bawah tekanan
azan
05/07/2023 - 11:58
KUALA LUMPUR 5 Julai - Pendapatan Farm Fresh Berhad bagi separuh pertama tahun kewangan 2024 (1HFY24) diunjur berada di bawah tekanan selepas mengambil kira kos input yang meningkat sebelum pemulihan pada 2HFY24.
RHB Investment berkata, penyatuan akaun The Inside Scoop akan meningkatkan pendapatan, manakala pentauliahan barisan pengeluaran ais krim barangan pengguna (CPG) dan operasi Filipina tanpa gangguan besar akan memberikan sokongan lanjut kepada pengambilan pada 2HFY24.
"Harga produk di ladang yang lebih tinggi daripada jangkaan untuk musim baharu adalah satu kejutan negatif, menunjukkan laluan pemulihan yang lebih sukar di hadapan.
"Berdasarkan keadaan semasa, kami menjadi lebih konservatif dengan mengambil kira kelemahan dalam keterlihatan dan konsistensi pendapatan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, walaupun berlaku beberapa masalah namun unjuran terbaharu menunjukkan FY24 sebanyak 42% kerana margin masih dijangka kembali normal daripada asas 4QFY23 yang sangat rendah.
Katanya, ia akan didorong oleh peningkatan jumlah jualan produk UHT berikutan sumbangan yang lebih tinggi daripada produk Yarra By Farm Fresh dan Program Susu Sekolah.
"Margin keuntungan juga akan berkembang disebabkan oleh harga yang lebih rendah (dianggarkan pada 13% lebih rendah) bahan mentah utamanya, susu tepung menyeluruh (WMP).
"Kenaikan harga 5% untuk produk sejuknya berkuat kuasa pertengahan Julai dianggarkan menjana jualan tambahan sebanyak RM10 juta pada FY24.
"Daya tarikan positif segmen hotel, restoran dan kafeteria (HORECA) seharusnya menyokong pertumbuhan pendapatan," katanya.
Firma itu menyemak turun penarafan kepada 'neutral' daripada 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah sebanyak RM1.23 berbanding RM1.72 sesaham. - DagangNews.com


